Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

IPOH – Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter ketika mandi-manda di kawasan Air Terjun Buntong, Menglembu, di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.15 pagi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba pada jam 11.30 pagi dan dimaklumkan bahawa mangsa berada kira-kira satu kilometer dari lokasi jentera, dengan kawasan itu hanya boleh diakses melalui laluan berbukit dengan berjalan kaki.

“Mangsa dipercayai tergelincir ketika mandi-manda sebelum terjatuh di atas batu dari ketinggian kira-kira 30 meter. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala serta beberapa luka pada badan, namun masih berada dalam keadaan sedar.

“Kejadian berlaku ketika mangsa menjalankan aktiviti mandi-manda bersama seorang rakan wanita di kawasan air terjun berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurt Saboradzi, pihaknya menggerakkan sebuah jentera SITRAK, sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) serta tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya.

Beliau berkata, dua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah berada di lokasi terlebih dahulu memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum ketibaan pasukan bomba.

Katanya, anggota bomba bersama petugas KKM kemudian menjalankan operasi menyelamat dengan membuat penilaian awal, menstabilkan keadaan mangsa dan membawanya keluar menggunakan pengusung melalui laluan berbukit.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi yang diketuai PBK II (TBK) Zul’Atfi Kamarulzaman itu berjaya dikawal pada jam 12.10 tengah hari dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.36 petang.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan