SADA perkasa pembangunan Sri Aman menerusi projek infrastruktur, pertanian dan ekopelancongan

KUCHING – Sri Aman Development Agency (SADA) terus memperkasa pembangunan di Bahagian Sri Aman menerusi pelaksanaan pelbagai projek berimpak tinggi yang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, pertanian dan ekopelancongan.

Pengerusinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, agensi itu ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Beliau berkata, sebanyak 13 projek di bawah seliaan SADA telah siap, termasuk pembinaan Jambatan Sungai Undop di Kampung Beleti, pemasangan sistem lampu isyarat pintar di Sri Aman, projek mitigasi banjir di Kejamut serta kerja menaik taraf Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Sri Aman pada Jun 2026.

“Projek-projek ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan asas kepada rakyat, malah membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia mengikuti latihan kemahiran dan TVET tanpa perlu berhijrah ke kawasan lain,” katanya ketika sesi temu bual bersama RTM Sarawak, di sini, pada Jumaat.

Rohani yang juga Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Program dan Projek Luar Bandar) menambah, SADA turut melaksanakan 12 projek dalam sektor pertanian bernilai lebih RM160 juta yang melibatkan pembangunan sistem saliran dan pengairan, perlindungan tebing sungai, pembinaan jalan ladang, projek ternakan tilapia serta pembangunan rumah burung walit.

Dalam sektor pelancongan pula, sebanyak 21 projek sedang dilaksanakan, termasuk pembangunan Kompleks Ekopelancongan Gunung Lesong, Batang Ai CBET, terminal pelawat, jeti, tapak glamping dan pelbagai kemudahan pelancongan berasaskan komuniti.

“Projek-projek itu dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, khususnya sebagai pemandu pelancong dan pencipta kandungan digital bagi mempromosikan destinasi pelancongan di Sri Aman,” ujarnya.

Mengulas mengenai kelestarian alam sekitar, Rohani berkata setiap projek pembangunan dirancang dengan mengambil kira pemeliharaan biodiversiti, termasuk melalui kerjasama dengan WWF-Malaysia bagi memastikan laluan semula jadi orang utan di kawasan Gunung Lesong dan Batang Ai terus dipelihara.

Dalam pada itu, SADA akan terus memainkan peranan penting sebagai agensi pembangunan wilayah dalam mempercepatkan pembangunan Bahagian Sri Aman dan berharap kerajaan terus menyalurkan sokongan serta peruntukan bagi memastikan agenda pembangunan kawasan itu dapat dilaksanakan secara berterusan menjelang 2030.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24