SPR ingatkan majikan beri pelepasan mengundi, halang pekerja boleh didenda RM5,000

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa semua majikan supaya memberi tempoh yang munasabah kepada pekerja yang merupakan pengundi berdaftar bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Sabtu ini.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, gesaan itu dibuat susulan kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan terdapat majikan yang tidak membenarkan pekerja mereka keluar mengundi.

Menurut beliau, majikan perlu mematuhi Seksyen 25 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), yang memperuntukkan hak kepada pekerja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Katanya, majikan juga tidak dibenarkan membuat potongan gaji, mengurangkan saraan atau mengenakan apa-apa penalti terhadap pekerja yang keluar mengundi.

“Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan memberikan tempoh munasabah atau menghalang pekerja daripada mengundi adalah melakukan suatu kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, majikan berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun.

Sehubungan itu, SPR berharap semua majikan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses pengundian berlangsung lancar serta menggalakkan kadar keluar mengundi yang tinggi pada PRN Johor kali ini.

PRN Johor ke-16 menyaksikan seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Related Posts

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

BATU PAHAT – Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar akan mengangkat segera aduan nelayan Orang Asli persisir pantai berhubung dakwaan pencerobohan bot pukat tunda di Dewan Undangan Negeri (DUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

BATU PAHAT – Kesesakan trafik menuju ke selatan yang mula tular di media sosial sejak petang tadi disifatkan petanda positif peningkatan kesedaran rakyat Johor untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya