‘Beri PH mandat, Insya-Allah masalah air Rengit akan selesai segera’

RENGIT – Masalah infrastruktur dan kemudahan asas seperti ketiadaan air yang sering membelenggu penduduk Rengit akan diberi keutamaan untuk diselesaikan bagi memastikan kebajikan masyarakat setempat terus terpelihara.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat di kawasan Rengit dan pedalaman khususnya berhak menikmati pembangunan sewajarnya kerana kerajaan bertanggungjawab membantu golongan tersisih tanpa mengira latar belakang kaum.

Katanya, Johor yang mempunyai kekuatan ekonomi tidak sepatutnya terus berdepan masalah bekalan air kerana ia merupakan keperluan asas rakyat.

“Saya tidak mahu membuat janji bulan bintang, jika ada masalah yang membelenggu, kita akan catat dan apa yang saudara beritahu, saya akan buat, insya-Allah.

“Saya menggesa penduduk memberikan peluang kepada PH meneruskan agenda pembangunan supaya lebih banyak masalah infrastruktur serta kemudahan asas di Rengit dapat diselesaikan segera,” katanya sewaktu berucap dalam program Ceramah PMX di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit di Dewan Orang Asli Rengit pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan bekas ADUN Rengit, Datuk Dr Mohd. Puad Zarkashi.

Anwar berkata, keutamaan kerajaan ketika ini ialah menyelesaikan masalah bekalan air, sekolah, jalan kampung, rumah dan klinik uzur yang menjadi keperluan asas penduduk.

Katanya, Johor tidak sepatutnya terus berdepan masalah bekalan air kerana negeri itu mempunyai kekuatan ekonomi, namun masih terdapat penduduk mengemukakan aduan berhubung kemudahan tersebut.

“Masalah membabitkan kampung Melayu, Cina, India dan Orang Asli miskin merupakan tanggungjawab kerajaan yang perlu diselesaikan sedaya upaya demi kebajikan rakyat seluruhnya. Jikalau klinik pun uzur, macam mana doktor nak rawat pesakit?

“Berkenaan permintaan membina dewan boleh dipertimbangkan kemudian kerana kemudahan kesihatan, bekalan air dan keperluan asas lain lebih mendesak untuk kita selesaikan segera.

“Johor sudah memiliki pelbagai pembangunan besar seperti Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link, pusat data, kilang dan bangunan tinggi, namun keutamaan kerajaan kini ialah memenuhi keperluan asas rakyat,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit