Isu BUDI Diesel Sabah dibawa ke Kabinet Negeri, cadang penambahbaikan pelaksanaan – Jamawi

KOTA KINABALU – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar akan membawa hasil sesi libat urus berkaitan pelaksanaan program BUDI Diesel di Sabah ke Mesyuarat Kabinet Negeri bagi mendapatkan sokongan Kerajaan Negeri terhadap cadangan penambahbaikan yang dikemukakan.

Beliau berkata, sesi libat urus itu telah diadakan di pejabatnya pada Rabu melibatkan semua ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah serta ketua-ketua jabatan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Persekutuan yang beroperasi di Sabah.

“Semalam kami mengadakan dialog secara terbuka bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan pegawai Kementerian Kewangan.

“Kami memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku di lapangan, khususnya di luar bandar, kampung-kampung, dalam kalangan penggiat industri makanan dan juga pengusaha pengangkutan yang terkesan dengan pelaksanaan BUDI Diesel.

“Kami menyampaikan suara rakyat Sabah dan menjelaskan cabaran yang dihadapi masyarakat, termasuk isu melibatkan bas sekolah di kawasan luar bandar yang memainkan peranan penting membawa murid ke sekolah tetapi berdepan kekangan berkaitan kelayakan subsidi diesel,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Menuriut Jamawi, beliau telah mendapatkan kebenaran Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk mengadakan sesi libat urus berkenaan dan hasil perbincangan itu akan dibentangkan kepada Kabinet Negeri dalam mesyuarat akan datang.

“Saya akan membawa perkara ini ke Mesyuarat Kabinet Negeri untuk mendapatkan endorsement daripada Kabinet Negeri supaya Kerajaan Negeri turut menyokong isu, maklumat dan cadangan yang telah dikumpulkan oleh MAFFI.

“Kita berharap akan ada sedikit perubahan dari segi tatakelola dan tatacara pelaksanaan BUDI Diesel yang lebih sesuai dengan keadaan dan keperluan rakyat Sabah,” katanya.

Perbincangan itu turut disertai Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementerian Kewangan Malaysia, Tan Sri Johan Mahmood Merican; Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Sabah, Shahril Nizam serta Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Jumain Abdul Ghani bersama Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kementerian.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook, Jamawi berkata, antara cadangan utama yang dibangkitkan dalam sesi libat urus tersebut ialah menyelaraskan pelaksanaan BUDI Diesel dengan tatacara BUDI RON95.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya proses kelulusan dan tatacara permohonan dipermudahkan bagi pemilik kenderaan yang masih menggunakan kaedah pembiayaan sambung bayar atau loan.

Beliau turut mengesyorkan penambahan kuota diesel untuk petani, penternak, penoreh getah dan pengusaha industri makanan di kawasan luar bandar dan bandar yang banyak menggunakan kenderaan pacuan empat roda, dengan mengambil kira jarak perjalanan bulanan.

Cadangan lain termasuk pemberian bantuan tunai bulanan melalui inisiatif BUDI Agri-Komoditi kepada pengusaha pertanian, penternakan, penoreh getah dan penggiat industri makanan berskala kecil.

Jamawi berkata, beliau menghargai kesediaan Johan serta pegawai Kementerian Kewangan untuk mendengar pandangan dan cadangan yang dikemukakan.

“Diharapkan segala pandangan, cadangan dan idea penambahbaikan yang dibangkitkan dapat diberikan perhatian serius dan diluluskan demi memastikan pelaksanaan BUDI Diesel benar-benar memenuhi keperluan rakyat Sabah,” katanya.

Untuk rekod, Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-17 akan bermula pada 20 hingga 23 Julai depan.

Related Posts

Fahmi Fadzil bakal bergelar Datuk Seri, Seniman Nordin Ahmad dianugerah Datuk

GEORGETOWN – Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mendahului senarai penerima Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Ulang Tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Solat Jumaat di surau IOI City Mall hanya kebenaran sementara atas perkenan Sultan Selangor

SHAH ALAM – Kebenaran mendirikan solat Jumaat di Surau IOI City Mall, Putrajaya adalah bersifat sementara dan telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sejak September tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya