4 lelaki dihadapkan ke mahkamah dituduh urus pusat judi dalam talian

SUNGAI PETANI – Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menguruskan pusat operasi judi secara dalam talian, April lalu.

Kesemua tertuduh iaitu dua beradik Eow Yao Ping, 25 dan Eow Yong Huang, 30, serta Tan Yan Zhong, 25, dan Cheng Chean Seng, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua mereka dituduh secara bersama menguruskan rumah judi terbuka iaitu sebuah pusat operasi judi dalam talian di Taman Kampung Raja, di sini kira-kira pukul 4.20 hingga 6 petang, 7 April lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Adlin Saffiya Kamaruzaman sementara tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, namun kesemua tertuduh memohon agar jaminan rendah dikenakan selain menjelaskan tiada halangan hadir ke mahkamah setiap kali perbicaraan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 seorang dan mereka membayar jaminan dikenakan. Kes akan disebut semula pada 11 Ogos depan.

Related Posts

Fahmi Fadzil bakal bergelar Datuk Seri, Seniman Nordin Ahmad dianugerah Datuk

GEORGETOWN – Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mendahului senarai penerima Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Ulang Tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Solat Jumaat di surau IOI City Mall hanya kebenaran sementara atas perkenan Sultan Selangor

SHAH ALAM – Kebenaran mendirikan solat Jumaat di Surau IOI City Mall, Putrajaya adalah bersifat sementara dan telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sejak September tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya