PRN Johor jadi pentas Chin Tong dedah taktik scam pinjaman

JOHOR BAHRU – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan pentas oleh Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ancaman sindiket penipuan pinjaman.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan menemui seorang warga emas yang hampir menjadi mangsa scam.

Chin Tong berkata, kejadian itu berlaku ketika mengadakan walkabout bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad di Kangkar Pulai dan beliau didatangi seorang lelaki berusia sekitar 70-an yang bertanyakan mengapa kerajaan mengenakan cukai terhadap pinjaman.

Menurutnya, soalan itu pada mulanya menimbulkan kehairanan sebelum beliau meminta lelaki terbabit menunjukkan dokumen berkaitan tawaran pinjaman berkenaan.

“Apabila saya minta dia tunjukkan dokumen, katanya dia tiada sebarang surat dan hanya menerima tawaran melalui telefon.

“Menurutnya, pemanggil yang mendakwa daripada sebuah bank menawarkan pinjaman RM95,000 dengan kadar faedah 2.75 peratus tetapi meminta deposit RM500 terlebih dahulu kerana mendakwa ia adalah ‘cukai kerajaan’,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Sehubungan itu, Chin Tong berkata, beliau segera menjelaskan tiada institusi kewangan yang sah akan menawarkan pinjaman tanpa dokumen rasmi serta tandatangan peminjam dan apa yang berlaku itu adalah penipuan.

Menurut beliau, pengalaman itu menunjukkan sindiket penipuan kini semakin licik dengan menggunakan pelbagai alasan termasuk mengaitkan bayaran pendahuluan dengan kononnya cukai kerajaan bagi meyakinkan mangsa.

“Golongan warga emas antara yang paling mudah menjadi sasaran sekiranya tidak mempunyai maklumat mencukupi mengenai modus operandi sindiket berkenaan.

“Sebagai Timbalan Menteri Kewangan, saya  memberi perhatian serius terhadap usaha memperkukuh pendekatan kerajaan dalam membanteras jenayah penipuan kewangan yang semakin membimbangkan.

“Insiden ini menaikkan semangat saya untuk memastikan orang ramai lebih memahami strategi dan taktik kotor scam serta tindakan segera kerajaan dalam melawan jenayah ini,” katanya.

Tambahnya, tempoh berkempen juga menjadi peluang kepada pemimpin untuk mendengar sendiri pelbagai masalah yang dihadapi rakyat termasuk isu penipuan kewangan yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.

‘Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran pendahuluan bagi mendapatkan pinjaman, selain sentiasa menyemak kesahihan tawaran dengan institusi kewangan sebelum menyerahkan wang atau maklumat peribadi kepada mana-mana pihak,” katanya.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar