Anwar lawat Pakistan minggu depan

PUTRAJAYA – Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan akan membawa banyak manfaat dalam menjana momentum untuk meningkatkan lagi hubungan politik dan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Ahsan Raza Shah berkata, lawatan Anwar ke Islamabad bermula 2 hingga 4 Oktober ini juga akan mempertingkat hubungan budaya dan ekonomi antara Malaysia dan Pakistan.

“Kami hanya ingin saudara kami di Malaysia tahu bahawa lawatan penting ini diadakan selepas terdapat jurang selama beberapa tahun dan bahawa rakyat Pakistan tidak sabar menanti ketibaan Yang Amat Berhormat di Pakistan,” katanya pada sidang media khas sempena lawatan kerja Anwar ke Islamabad minggu depan.

Meskipun kedua negara menikmati hubungan politik dan diplomatik yang baik, beliau berkata, kedua-dua pihak perlu terus berusaha untuk meningkatkan hubungan perdagangan dua hala yang kini berjumlah AS$1.5 bilion setahun.

Syed Ahsan berkata, Pakistan dan Malaysia perlu berbuat demikian kerana jumlah semasa ‘tidak mencukupi’.

“Kita mempunyai hubungan komersial dan perdagangan yang amat baik, nilai dagangan dua hala kita ialah AS$1.5 bilion setahun.

“Namun ia tidak mencukupi. Saya rasa ia tidak selaras dengan tahap hubungan politik kita dan perlu dipertingkat,” katanya.

Beliau berkata, eksport utama Malaysia ke negara itu ialah minyak sawit, jentera dan produk elektrik manakala importnya dari Pakistan ialah beras, sayur-sayuran, tekstil serta kulit.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP