SPRM bongkar kartel perolehan institusi pendidikan di Perlis

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan dipercayai kartel penganugerahan projek di sebuah institusi pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Perlis selepas lima individu direman bagi membantu siasatan kes rasuah kira-kira RM25,000.

Kes itu membabitkan seorang pemilik syarikat dan empat kakitangan institusi pra universiti berkenaan yang disyaki bersubahat meminta serta menerima rasuah antara tahun 2023 hingga 2024.

Perintah reman selama empat hari sehingga 10 Julai ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Mohd. Amiruldin Roslan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar, semalam.

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40-an.

Katanya, mereka ditahan antara pukul 2 hingga 4 petang kelmarin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis.

“Siasatan awal mendapati rasuah itu dipercayai sebagai balasan membantu sebuah syarikat pembinaan, pembekalan makanan dan perkhidmatan penyelenggaraan mendapatkan kerja-kerja perolehan kerajaan di institusi berkenaan.

“Nilai keseluruhan kerja perolehan kerajaan itu dianggarkan kira-kira RM100,000,” katanya.

Sumber berkata, empat suspek yang juga penjawat awam dipercayai menerima suapan daripada pemilik syarikat terbabit.

Katanya, nilai suapan yang diterima dianggarkan antara RM2,000 hingga RM10,000 bagi setiap projek, dengan keseluruhan projek yang diperoleh dipercayai sebanyak 16 projek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Nor Adha Ab. Gani mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, SPRM tekad menoktahkan budaya salah guna kuasa selain melumpuhkan kartel penganugerahan kerja kepada syarikat kontraktor yang memonopoli institusi pendidikan.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar