Jual sabun guna logo halal tidak sah, KPDN Selangor rampas produk bernilai lebih RM200,000

SERI KEMBANGAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor merampas  produk sabun pencuci disyaki menggunakan logo halal tidak diperakui dianggarkan berjumlah RM215,700.

Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asaari berkata operasi ke atas kilang pada jam 11.25 pagi itu  turut membabitkan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya.

“Sebanyak 31,140 unit sabun pencuci, 40,000 unit plastik pembungkusan serta beberapa dokumen yang disyaki menggunakan logo halal yang tidak diperakui oleh pihak yang berwibawa.

“Kilang tersebut didapati memasarkan produk sabun pencuci secara dalam talian. Hasil pemeriksaan dan serbuan yang dijalankan mendapati, kilang berkenaan disyaki menggunakan logo halal yang tidak sah bagi tujuan perdagangan,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Operasi tersebut turut memeriksa lima pekerja bukan warganegara dan seorang pengarah syarikat warganegara bagi membantu siasatan. 

“Lima orang pekerja bukan warganegara tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Muhamad Hanif, operasi itu hasil maklumat awam yang diterima membawa kepada satu kes telah diambil tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal), Akta Perihal Dagangan 2011

“Iaitu di bawah subperenggan 8(b) Perintah yang sama dan jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi individu pula didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

KPDN Selangor menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyalahgunaan logo halal demi memastikan kepentingan pengguna dilindungi. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan logo halal boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak kementerian melalui pelbagai saluran.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK