Masuk Malaysia ikut laluan tidak sah selepas disenarai hitam JIM

KUALA LUMPUR – Seramai 15 individu ditahan dalam dua operasi khas membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar ibu negara dan Selangor, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penahanan di kondominium mewah yang dijadikan rumah transit bagi PATI itu turut menahan 10 warga Bangladesh termasuk dua lelaki yang dipercayai ‘penjaga premis’.

“Siasatan awal mendapati seorang daripada mereka memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara bagi sektor pembinaan, manakala dua wanita Bangladesh telah disenarai hitam oleh JIM tetapi dipercayai masuk semula ke negara ini melalui laluan tidak diwartakan.

“Individu lain pula didapati tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zakaria berkata, turut disita tiga pasport Bangladesh milik individu lain serta wang tunai berjumlah RM1,595 yang dipercayai hasil kegiatan tersebut.

Katanya, siasatan mendapati premis kediaman mewah itu dijadikan rumah transit sementara bagi menempatkan warga asing yang memasuki negara ini secara haram sebelum dihantar ke destinasi masing-masing.

“Pemeriksaan mendapati warga asing dikenakan bayaran antara RM700 hingga RM1,500 seorang dan sindiket ini dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu,” ujarnya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Terminal Bersepadu Gombak, katanya, JIM menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai ‘transporter’ bersama empat lelaki warga India.

Jelasnya, siasatan juga mendapati seorang daripada warga India itu pernah disenarai hitam oleh JIM namun dipercayai memasuki negara ini semula tanpa melalui pintu masuk yang diwartakan, manakala tiga lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Dalam serbuan itu, JIM menyita dua telefon bimbit, empat pasport India serta sebuah kereta Perodua Bezza yang dipercayai digunakan untuk mengangkut migran.

“Sindiket dipercayai membawa masuk warga asing terutama dari India melalui laluan haram sebelum mereka diambil di hentian bas dan dihantar ke lokasi yang ditetapkan dengan bayaran sekitar RM6,000 bagi setiap individu,” katanya.

Katanya, dua lelaki Bangladesh yang bertindak sebagai penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, manakala warga asing lain disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama.

Zakaria berkata, lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai transporter pula disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Beliau menambah, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion