KTMB sedia 7,464 tempat duduk ETS tambahan sempena PRN Johor

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan sebanyak 7,464 tempat duduk tambahan bagi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sektor selatan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung hujung minggu ini.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkhidmatan ETS tambahan itu melibatkan laluan JB Sentral–Gemas–JB Sentral serta KL Sentral–JB Sentral–KL Sentral bagi menampung permintaan perjalanan pengundi yang pulang ke kampung halaman.

Menurut KTMB, inisiatif itu dilaksanakan susulan permintaan tinggi daripada orang ramai selepas tiket tren tambahan yang diperkenalkan pada 19 Jun lalu habis dijual sepenuhnya.

“Bagi fasa ini, KTMB menambah empat perkhidmatan tren tambahan bagi laluan KL Sentral – JB Sentral – KL Sentral dan empat lagi perkhidmatan tren tambahan bagi laluan JB Sentral – Gemas – JB Sentral.

“Siri tren tambahan ini akan beroperasi selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Julai ini dengan kapasiti penawaran sebanyak 2,488 tempat duduk sehari,” menurut kenyataan itu.

KTMB memaklumkan, jualan tiket bagi laluan JB Sentral–Gemas–JB Sentral telah dibuka mulai jam 3 petang hari ini, manakala tiket bagi laluan KL Sentral–JB Sentral–KL Sentral akan mula dijual pada jam 9 pagi esok.

Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan rel, KTMB turut menawarkan tambang promosi dengan diskaun 20 peratus bagi semua laluan ETS tambahan berkenaan sepanjang tempoh tiga hari operasi.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengundi disaran merancang perjalanan dan mendapatkan tiket lebih awal menerusi aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau mesin kios di stesen terpilih.

Penumpang juga dinasihatkan supaya tiba di stesen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu pelepasan kerana pintu masuk ke platform akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 atau menerusi platform media sosial rasmi agensi berkenaan.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun