Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, pengiktirafan itu disokong pelbagai data, statistik serta pandangan sarjana dan pemerhati antarabangsa yang mengiktiraf keupayaan Malaysia dalam mengurus hal ehwal Islam.

“Apabila saya ke luar negara, kita memang sentiasa diperhatikan dan dikagumi oleh negara-negara lain kerana kita telah membuktikan dalam hal ehwal agama, pengurusan kita sentiasa terkedepan.

“Jika ada yang mengatakan Malaysia terancam Islamnya atau semakin didiskriminasi, dunia melihat negara kita sedang memacu dan menerajui pengurusan Islam serta hal ehwal agama pada peringkat dunia,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Zulkifli berkata demikian semasa berucap merasmikan Multaqa MADANI Ulama dan Umara Peringkat Zon Utara di Masjid Timah, Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pencapaian membanggakan itu termasuk sistem pensijilan halal negara yang diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia selain pengurusan haji menerusi Tabung Haji yang beberapa kali menerima pengiktirafan antarabangsa.

Selain itu, Zulkifli berkata, sektor kewangan Islam Malaysia juga terus mengekalkan kedudukan sebagai antara peneraju dunia dan nombor satu dunia 11 tahun berturut-turut.

Dalam aspek pendidikan Islam, beliau berkata kerajaan sedang memperkukuh pelaksanaan Kurikulum Asas Fardu Ain (KAFA) menerusi KAFA 2.0 yang memberi penekanan kepada aspek amali dan penghayatan agama selain memperkasakan ekosistem pendidikan tahfiz.

“Malaysia turut memiliki ekosistem tahfiz yang komprehensif merangkumi Majlis Tahfiz Negara, Dasar Tahfiz Negara, Standard Tahfiz Negara dan Sijil Tahfiz Malaysia bagi membolehkan lepasan tahfiz melanjutkan pengajian ke bidang profesional, teknikal dan institusi pengajian tinggi,” katanya.

Zulkifli berkata, kerajaan komited untuk melahirkan lebih ramai huffaz profesional yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Terdahulu, beliau memaklumkan Yayasan Takwa menyalurkan sumbangan RM280,000 kepada 28 masjid di Pulau Pinang dan RM10,000 kepada sekolah agama terpilih sebagai usaha memperkukuh pembangunan institusi pendidikan Islam di negeri itu.

Related Posts

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

KOTA KINABALU – Kerajaan akan terus memastikan pelaksanaan subsidi bahan api dilaksanakan secara bersasar dengan mengutamakan manfaat kepada rakyat Malaysia, di samping memperkukuh pembangunan sektor pelancongan menerusi inisiatif yang lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor