Perak lulus RM650,000 bina jambatan pulihkan akses Kampung Ulu Geruntum

GOPENG – Kerajaan Negeri Perak meluluskan peruntukan sebanyak RM650,000 bagi pembinaan jambatan sementara dan konkrit kekal di Kampung Ulu Geruntum di sini, susulan kejadian kepala air dan banjir kilat yang memutuskan hubungan penduduk kampung berkenaan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Sandrea Ng Shy Ching berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM150,000 diperuntukkan sebagai dana kecemasan bagi pembinaan jambatan gantung sementara yang kini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap menjelang pertengahan Julai ini.

“Kerajaan negeri turut meluluskan RM500,000 bagi pembinaan jambatan konkrit kekal sebagai penyelesaian jangka panjang untuk memulihkan semula laluan utama penduduk di kawasan berkenaan.

“Kerja-kerja pembinaan jambatan konkrit akan dimulakan sebaik sahaja pelaksanaan kerja semasa selesai,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Selain pemulihan akses, Sandrea berkata, beliau turut meluluskan RM45,000 daripada peruntukan kawasan DUN Teja bagi membaiki paip yang rosak dan memulihkan semula bekalan air yang terjejas akibat bencana berkenaan.

Katanya, beberapa tindakan segera telah diambil bagi membantu penduduk Kampung Ulu Geruntum kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas insiden kepala air yang melanda kawasan itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan pihak yang bertungkus-lumus membantu di lapangan.

“Saya berharap segala usaha ini dapat dipercepatkan supaya urusan harian penduduk Kampung Ulu Geruntum kembali pulih dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam kejadian pada 19 Jun lalu, jambatan utama yang menghubungkan Kampung Ulu Geruntum dilaporkan runtuh akibat kepala air, sekali gus memutuskan laluan keluar masuk penduduk dan menyebabkan puluhan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Related Posts

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

KUCHING – Spekulasi mengenai persaraan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta desas-desus berhubung penamaan penggantinya ditepis sekeras-kerasnya kerana majoriti rakyat masih memerlukan kepimpinan beliau sekurang-kurangnya sehingga tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

KUCHING – Belanjawan Sarawak yang bakal dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak dijangka mencatatkan bajet lebihan susulan lonjakan pendapatan negeri yang kini mencecah kira-kira RM14 bilion. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

Diskaun elektrik Sarawak boleh jadi rujukan untuk Sabah – YPNM

Diskaun elektrik Sarawak boleh jadi rujukan untuk Sabah – YPNM

Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi

Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi