Lelaki berpewatakan wanita berjaya diselamatkan dalam cubaan terjun jejambat

IPOH – Tindakan pantas orang awam bersama pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki berpewatakan serta berpakaian wanita yang dipercayai cuba terjun dari jejambat Jalan Bercham, di sini, pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.42 pagi itu, mangsa yang mengalami kecederaan pada tangan berjaya dipujuk sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Ipoh digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 9.55 pagi dan mendapati mangsa berada di atas jejambat dalam cubaan untuk terjun.

“Pihak polis turut berada di lokasi ketika kejadian sebelum ketua operasi melakukan penilaian awal situasi.

“Anggota kemudian diarahkan menjalankan operasi menyelamat dengan memberi khidmat nasihat serta memujuk mangsa sebelum dia berjaya diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, beberapa orang awam yang berada di lokasi turut membantu menghalang lelaki terbabit daripada terjun, sekali gus memudahkan usaha menyelamat dijalankan.

“Mangsa akhirnya berjaya dipujuk dan diserahkan kepada petugas KKM untuk rawatan serta tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi berkenaan melibatkan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), selain dibantu enam anggota polis dan dua petugas KKM.

Operasi berjaya dikawal pada jam 10.40 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.10 pagi.

Related Posts

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

LAHAD DATU – Seorang lelaki berumur 30-an maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Puyut, di sini, tengah hari Rabu. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

MIRI – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa untuk melaksanakan jadual kerja pembersihan dan penyelenggaraan kolam takungan di sekitar kawasan Desa Senadin dan Tudan secara lebih kerap dan berkala. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar