KPT tegas pelajar antarabangsa tidak ‘khianat’ tempat pelajar tempatan

PUTRAJAYA– Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan dasar pengambilan pelajar antarabangsa ke universiti awam tidak menjejaskan peluang pelajar tempatan, sebaliknya strategi penting perkukuh daya saing institusi pengajian tinggi negara di peringkat global.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPT berkata, dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr. Haim Hilman Abdullah bahawa kemasukan pelajar antarabangsa mengurangkan peluang pelajar tempatan melanjutkan pengajian adalah tidak berasas, mengelirukan serta tidak menggambarkan realiti sebenar sistem pendidikan tinggi negara.

Menurut kementerian, agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi bukan dasar baharu, sebaliknya telah dilaksanakan secara konsisten sejak lebih dua dekad selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007 bagi menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf dunia.

“Malaysia kini menjadi destinasi pilihan pelajar dari lebih 180 negara hasil pengiktirafan terhadap kualiti akademik, kecemerlangan penyelidikan, kepakaran tenaga pengajar serta kos pendidikan yang kompetitif.

“Program prasiswazah memberi keutamaan kepada pelajar tempatan, manakala kemasukan pelajar antarabangsa dilaksanakan berdasarkan prinsip over and above’, iaitu hanya selepas kuota pelajar tempatan dipenuhi,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan data rasmi sistem MyMoheS sehingga 31 Disember 2025, jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta ialah 1.26 juta pelajar, dengan pelajar antarabangsa hanya mewakili 159,138 orang atau 12.6 peratus daripada keseluruhan enrolmen.

Bagi universiti awam pula, daripada 634,706 pelajar yang berdaftar, hanya 56,565 atau 8.9 peratus merupakan pelajar antarabangsa.

KPT turut memaklumkan bahawa bagi program prasiswazah di universiti awam, seramai 502,212 daripada 520,105 pelajar atau 96.56 peratus ialah rakyat Malaysia, manakala pelajar antarabangsa hanya berjumlah 17,893 orang atau 3.44 peratus.

Sebaliknya, majoriti pelajar antarabangsa berada di peringkat pascasiswazah dengan jumlah 38,672 orang atau 33.74 peratus daripada keseluruhan enrolmen pascasiswazah, sekali gus menunjukkan mereka tidak bersaing secara langsung dengan lepasan SPM, STPM, matrikulasi atau diploma untuk memasuki program prasiswazah.

Mengulas mengenai lima Universiti Penyelidikan (RU) iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), KPT menjelaskan daripada keseluruhan 186,824 pelajar, seramai 145,727 orang atau 78 peratus merupakan pelajar tempatan.

Menurut KPT, kehadiran pelajar antarabangsa memberi manfaat besar kepada universiti kerana mereka membayar yuran penuh tanpa subsidi kerajaan, membantu mengukuhkan kewangan institusi, meningkatkan kerjasama penyelidikan antarabangsa, penerbitan berimpak tinggi serta memperbaiki kedudukan universiti dalam penarafan dunia.

Selain itu, mereka turut mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik melalui interaksi silang budaya dan memberi pendedahan antarabangsa kepada mahasiswa tempatan.

Sehubungan itu, kementerian menegaskan kepentingan, kebajikan serta akses pendidikan pelajar tempatan akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI, sambil meneruskan agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi secara strategik bagi memastikan universiti Malaysia kekal berdaya saing dan diiktiraf di peringkat antarabangsa tanpa menjejaskan hak serta peluang rakyat Malaysia.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perluas kerjasama dengan Iran

PUTRAJAYA – Malaysia dan Iran dalam usaha memperluas kerjasama khususnya dalam bidang infrastruktur, teknologi, telekomunikasi, pendidikan dan keterjaminan makanan.  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor