Elia Nadira mahu Tenang maju melalui pendidikan, pelancongan dan pertanian

TENANG – Calon Pakatan Harapan (PH) Elia Nadira Sabudin tampil menggariskan tiga tawaran utama yang disifatkan sebagai realistik dan mampu dilaksanakan bagi memacu pembangunan Tenang, berpandukan pengalaman serta rekod yang terbukti.

Menurut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang itu. tawaran yang dibawa bukan sekadar janji pilihan raya, sebaliknya memberi fokus kepada keperluan sebenar masyarakat dengan matlamat meningkatkan taraf hidup penduduk dan menyediakan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Katanya, tawaran pertama memberi penekanan kepada usaha memperkasa pendidikan serta literasi digital dalam kalangan anak muda di Tenang.

“Setiap anak di kawasan itu perlu diberikan peluang untuk mengenali bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pengaturcaraan (coding), kecerdasan buatan (AI) serta robotik sebagai persediaan menghadapi cabaran ekonomi digital.

“Anak-anak Tenang mesti diberi peluang mengenali dunia STEM, coding, AI dan robotik. Bukan semua mesti menjadi jurutera, tetapi semua perlu diberi peluang memahami teknologi supaya lebih yakin bersaing dalam dunia masa depan,” katanya.

Selain pendidikan, Elia turut mengangkat potensi pelancongan alam semula jadi sebagai pemangkin ekonomi baharu bagi Tenang.

Beliau berkata, kawasan itu memiliki pelbagai tarikan seperti air panas, lata, hutan, trek pendakian, dusun buah-buahan serta suasana kampung yang mampu menarik lebih ramai pengunjung jika dipromosikan secara lebih tersusun.

Katanya, penggunaan pemasaran digital, latihan kepada pengusaha kecil serta kerjasama dengan pempengaruh tempatan mampu menjadikan Tenang sebagai destinasi hujung minggu pilihan ramai.

“Apabila lebih ramai pelawat datang, peniaga kecil, kedai makan, pengusaha homestay dan pengeluar produk kampung juga akan menerima limpahan manfaat ekonomi,” jelas beliau.

Bagi tawaran ketiga pula, Elia memberi komitmen untuk terus memajukan sektor pertanian serta memperkasakan komuniti FELDA yang menjadi tunjang ekonomi penduduk di Tenang.

Menurutnya, fokus yang ingin dibawa bukan mengubah rantaian sedia ada, sebaliknya membantu dari aspek yang berada dalam bidang kuasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Termasuk memperkukuh pemasaran hasil pertanian, meningkatkan nilai tambah produk, memperkenalkan teknologi pertanian pintar serta memperluaskan aktiviti agro-pelancongan.

“Hasil titik peluh orang Tenang mesti kembali memberi manfaat maksimum kepada orang Tenang,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa dengan ilmu, kerja keras dan keikhlasan, Tenang mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai sebuah kawasan yang lebih maju, berdaya saing dan sejahtera.

“Tiga tawaran ini bukan sekadar visi, tetapi komitmen untuk membina masa depan Tenang bersama rakyat. Saya percaya dengan sokongan masyarakat, kita mampu membawa perubahan yang memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion