‘Ramai kenal PMX, tapi saya kenal Cikgu Anwar’

JOHOR BAHRU – “Saya panggil Anwar sebagai Cikgu kerana saya mengenalinya sejak bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),” kata seorang veteran ABIM, Mohd Sham Kunjian ketika berkongsi hubungan lamanya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Sham berkata, dia mengikuti pemikiran dan pendekatan agama Anwar sejak sekian lama, sekali gus menyebabkan rasa hormatnya terhadap pemimpin itu tidak pernah luntur walaupun berdepan pelbagai ujian sepanjang perjalanan politik.

“Saya banyak mengikuti pemikiran dan pendekatan agama beliau. Saya menghormatinya kerana saya juga pernah bersama ABIM,” katanya ketika ditemui pada program Dialog Terbuka Belia Johor di Dewan Felda Ulu Tebrau, di sini, pada Sabtu. 

Mohd Sham berkata, keyakinan terhadap Anwar turut diperkukuhkan melalui pengenalannya dengan keluarga Perdana Menteri itu yang disifatkan sebagai keluarga yang baik dan sederhana.

Katanya, dia pernah beberapa kali berkunjung ke kediaman keluarga Anwar dan tidak hanya bergantung kepada persepsi atau pandangan orang luar dalam menilai keperibadian pemimpin berkenaan.

“Saya bukan sekadar mendengar apa yang diperkatakan orang luar. Saya sendiri mengenali keluarganya dan saya yakin mereka ialah keluarga yang baik,” katanya.

Mohd Sham turut mengimbau episod pemenjaraan yang pernah dilalui Anwar dan menyifatkannya sebagai ujian besar yang menguji ketabahan serta kekuatan prinsip pemimpin itu.

“Saya mahu melihat sama ada beliau masih kekal dengan prinsip perjuangannya. Saya berdoa agar beliau terus menjadi pemimpin yang sama seperti dahulu,” katanya.

Dia turut menyeru rakyat supaya berani melakukan perubahan demi memastikan pembangunan dapat dinikmati secara lebih menyeluruh dan seimbang.

Katanya, kejayaan beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan membuktikan kemajuan boleh dicapai sekiranya wujud kesungguhan dalam melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita mahu semua negeri menikmati kemajuan yang sama dan rakyat mendapat faedah daripada pembangunan yang dilaksanakan,” katanya.

Related Posts

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

KUKUP – Jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup mengesan beberapa bahan kempen parti itu dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Serkat pada pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor