Haniff Hosman seru anak Pulai Sebatang pulang mengundi, tegaskan setiap undi penentu masa depan

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH), Haniff Hosman, menyeru seluruh anak jati Pulai Sebatang yang berada di luar kawasan menyeru agar pulang menunaikan tanggungjawab mengundi kerana setiap undi memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan kawasan itu.

Menurut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang. sokongan dan kepercayaan rakyat amat diperlukan bagi membolehkan beliau membawa agenda pembangunan serta memperjuangkan kebajikan seluruh penduduk Pulai Sebatang.

“Saya mengajak seluruh anak-anak Pulai Sebatang yang berada di luar kawasan agar pulang menunaikan tanggungjawab mengundi. Setiap undi amat bermakna dalam menentukan masa depan DUN Pulai Sebatang.

“Saya juga memohon sokongan, doa dan kepercayaan daripada seluruh pengundi. Dengan sokongan tuan-tuan dan puan-puan, insya-Allah kita mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk Pulai Sebatang,” katanya.

Seruan tersebut disampaikan ketika Program Ceramah Kelompok (Mobile Truck) bersama warga Parit Sikom yang berlangsung di Kecik Car Wash, Parit Sikom, petang Sabtu.

Program berkenaan turut menampilkan beberapa penceramah iaitu Datuk Abdullah Sani Bin Abdul Hamid, Mejar (B) Razali Bin Zakaria, Datin Faezah Binti Ariffin, dan Mustapa Bin Mansor yang menyentuh pelbagai isu semasa serta berkongsi aspirasi bersama masyarakat setempat.

Dalam ceramahnya, Datuk Abdullah Sani menghuraikan intipati manifesto “Johor Untuk Semua” yang dibawa Pakatan Harapan sebagai tawaran kepada rakyat Johor. Beliau menjelaskan manifesto tersebut memberi penekanan kepada pembangunan yang lebih inklusif, menyeluruh dan berpaksikan keperluan rakyat.

Beliau turut menggesa para pengundi, khususnya anak-anak Pulai Sebatang yang berada di luar kawasan, supaya pulang mengundi bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang menentukan masa depan negeri dan kawasan sendiri.

Sementara itu, Datin Faezah pula mengajak masyarakat memberikan sokongan kepada Haniff Hosman sebagai calon Pakatan Harapan bagi N.54 DUN Pulai Sebatang.

Beliau turut menegaskan bahawa keselarasan pentadbiran antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan merupakan faktor penting dalam memastikan setiap agenda pembangunan, kebajikan rakyat serta pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan demi manfaat rakyat.

Haniff pada masa sama merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Parit Sikom yang hadir memeriahkan program tersebut.

“Kehadiran serta sokongan yang diberikan amat saya hargai dan menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat kepada masyarakat serta membawa suara rakyat Pulai Sebatang,” katanya.

Beliau sekali lagi menyeru rakyat agar bersama-sama menjayakan aspirasi ‘Johor Ke Depan, Undi HARAPAN’ demi membina masa depan Johor yang lebih maju, sejahtera dan inklusif.

Related Posts

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

KUKUP – Jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup mengesan beberapa bahan kempen parti itu dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Serkat pada pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor