JIM WPKL kompaun majikan RM45,000 gajikan PATI

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) terus memperhebat penguatkuasaan terhadap majikan yang menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) apabila mengenakan kompaun sebanyak RM45,000 ke atas majikan kerana melakukan kesalahan tersebut.

Menurut JIM WPKL, tindakan itu membuktikan ketegasan jabatan berkenaan dalam memastikan setiap majikan mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan penggajian pekerja asing serta membanteras pengambilan PATI di negara ini.

“Berdasarkan statistik JIM WPKL, sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2026, seramai 49 majikan telah dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan melebihi RM1 juta atas pelbagai kesalahan berkaitan penggajian pendatang asing tanpa izin,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

JIM WPKL menegaskan, bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat dan memberi amaran bahawa lebih ramai majikan yang didapati melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi.

“Majikan diingatkan supaya memastikan semua pekerja asing yang diambil bekerja memiliki dokumen perjalanan serta pas kerja yang sah bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang, termasuk kompaun dan pendakwaan,” katanya.

Sebelum itu, JIM WPKL turut membawa 95 tahanan dengan 72 tahanan lelaki dan 23 tahanan wanita untuk didakwa di mahkamah.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah