Taste of Borneo Cultural Carnival 4.0 lakar rekod Guinness World Records

MIRI – Penganjuran Taste of Borneo Cultural Carnival 4.0 pada Sabtu melakar sejarah apabila berjaya mencatat nama dalam Guinness World Records menerusi himpunan persatuan etnik terbanyak.

Kejayaan meraih pengiktirafan bagi rekod Most Ethnic Associations Gathered in a Cultural Celebrationitu sekali gus mengangkat Sarawak sebagai contoh perpaduan dalam kepelbagaian budaya pada peringkat antarabangsa.

Karnival tersebut menghimpunkan lebih 30 persatuan etnik dan budaya dari seluruh Sarawak, selain penyertaan komuniti dari Sabah, Brunei, Indonesia dan Yunnan, China.

Sepanjang acara berlangsung, pengunjung berpeluang mengenali dan menghayati keunikan masyarakat Borneo serta rantau sekitarnya menerusi pelbagai persembahan kebudayaan, tarian tradisional, pameran warisan dan juadah tempatan.

Majlis perasmian karnival berkenaan telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Program mega itu turut mendapat kerjasama daripada Sarawak Chinese Association, Majlis Bandaraya Miri (MBM), pelbagai pertubuhan budaya serta barisan sukarelawan yang memainkan peranan penting menjayakannya.

Pencapaian rekod dunia itu dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam mempromosikan warisan seni pelbagai kaum, di samping memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf antarabangsa.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri