10 pelajar lelaki ditahan disyaki sebabkan empat rakan cedera

TAWAU – Polis menahan 10 pelajar lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes disyaki merusuh yang mengakibatkan empat pelajar cedera dalam kejadian di Merotai Besar, pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata, kesemua suspek berumur antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2 petang pada Sabtu.

Katanya, mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama anggota Balai Polis Bombalai.

“Siasatan awal mendapati mangsa berumur 14 tahun bersama tiga rakannya sedang berjalan melalui jalan pintas menuju ke Masjid Merotai Besar untuk menunaikan Solat Jumaat sebelum didatangi sekumpulan pelajar yang bertanyakan mengenai keberadaan dua individu lain.

“Selepas mangsa memaklumkan tidak mengetahui lokasi individu yang dicari, sekumpulan pelajar terbabit dipercayai bertindak menyerang dan memukul mangsa dan rakannya secara beramai-ramai,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Akibat daripada serangan itu, mangsa mengalami kecederaan dan kesakitan pada bahagian muka, kepala, dada serta rusuk, manakala tiga lagi mangsa turut mengalami kecederaan sebelum tampil membuat laporan polis.

Menurut Wilynton, bertindak atas maklumat dan hasil siasatan yang dijalankan, polis kemudian berjaya menahan 10 pelajar terbabit untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK