Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

ALOR SETAR – Sebuah premis industri yang dijadikan sekolah untuk etnik Rohingya diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada semalam.

Serbuan ke atas premis di Shahab Perdana itu dilakukan susulan dakwaan kewujudan sekolah tersebut yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut MBAS, pemeriksaan telah dilaksanakan bagi mengesahkan maklumat serta menilai pematuhan premis terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Hasil siasatan mendapati sebuah premis industri di kawasan berkenaan telah disewakan kepada etnik Rohingya dan digunakan sebagai sebuah sekolah untuk etnik itu.

“Ia menempatkan seramai 26 kanak-kanak etnik Rohingya yang menetap di kawasan berhampiran. Siasatan juga mendapati yuran sebanyak RM100 sebulan dikenakan kepada setiap pelajar,” katanya di sini hari ini.

Susulan penemuan itu katanya, Bahagian Penguatkuasaan MBAS telah merekodkan butiran pemilik premis dan penyewa bagi tujuan siasatan lanjut serta tindakan bersama agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing.

“Kes tersebut akan diambil tindakan atas kesalahan salah guna premis industri dan akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah berhubung pengoperasian institusi pendidikan tanpa kebenaran.

“Ia juga akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia Kedah bagi penelitian terhadap status permit warga asing yang terlibat” ujarnya.

Tambahnya, MBAS akan terus komited bagi memastikan setiap premis di kawasan bandar raya Alor Setar mematuhi syarat penggunaan yang diluluskan serta segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa demi menjaga ketenteraman awam dan kepentingan masyarakat.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti