Kaji semula kuota diesel BUDI MADANI berdasarkan geografi Sarawak

MIRI – Kerajaan disaran meneliti semula mekanisme subsidi diesel bersasar di bawah BUDI MADANI dengan mengambil kira keperluan khusus serta keadaan geografi pengguna di Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, pelaksanaan itu perlu diselaraskan biarpun matlamat awalnya baik untuk membendung ketirisan.

“Subsidi yang disasarkan mampu memastikan peruntukan kerajaan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar memerlukan, namun pelaksanaannya perlu disesuaikan dengan realiti kehidupan rakyat di Sarawak dan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, beliau juga merangkap Ahli Parlimen Miri menerima pelbagai maklum balas daripada penduduk tempatan yang memohon kerajaan menilai semula kuota asas sebanyak 200 liter sebulan serta tambahan 100 liter kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda.

Jelas beliau, penggunaan kenderaan diesel di Sarawak bukanlah satu kemahuan, sebaliknya merupakan keperluan mendesak untuk pelbagai urusan harian termasuk pengangkutan keluarga dan perjalanan ke kawasan luar bandar.

Tambahnya, masih terdapat penduduk di kawasan pedalaman dan pinggir bandar yang terpaksa bergantung kepada diesel bagi mengendalikan set penjana berikutan ketiadaan bekalan elektrik.

Susulan itu, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Kewangan bagi menyuarakan kebimbangan serta pandangan rakyat berhubung keperluan semakan kuota berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik komitmen Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti maklum balas rakyat berhubung isu tersebut.

“Saya akan terus membawa suara rakyat Miri supaya penyelesaian seimbang dapat dicapai, penyeludupan dibanteras dan rakyat yang benar-benar memerlukan tidak terbeban,” ujarnya.

Related Posts

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

TAWAU – Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tawau menahan 10 lelaki disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan bahan berkaitan. AADK Tawau dalam satu kenyataan di Facebook…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar