PM lancar Program Pembaharuan Teksi MADANI, sasar pendapatan pemandu RM7,000 sebulan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan pendapatan pemandu teksi meningkat sehingga RM7,000 sebulan menerusi Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Anwar berkata, sasaran itu mampu dicapai melalui pendekatan menyeluruh yang merangkumi pengurangan kos pembaikan, penyelenggaraan, perkhidmatan serta kos pembiayaan pinjaman, sekali gus meningkatkan pendapatan bersih pemandu.

Beliau berkata, antara inisiatif utama program itu ialah penyediaan pinjaman mudah, tawaran kenderaan baharu termasuk Proton S70 serta pemberian permit teksi atas nama pemandu sendiri.

“Ada pemandu yang hanya memperoleh pendapatan sekitar RM2,500 hingga RM3,000 pada musim tertentu, manakala puratanya sekitar RM4,000 sebulan.

“Dengan skim baharu ini serta kerjasama semua pihak dalam mengurangkan kos operasi dan pembiayaan, kita menjangkakan pendapatan boleh meningkat kepada antara RM5,000 hingga RM7,000 sebulan,” katanya ketika melancarkan Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional di Dataran Merdeka.

Pada majlis sama, Anwar turut mengumumkan tambahan geran padanan RM10 juta bagi membantu lebih ramai pemandu memiliki kenderaan baharu selepas peruntukan RM10 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 habis dimanfaatkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

“Kerana sambutannya baik, saya luluskan hari ini tambahan RM10 juta lagi. Ini khusus untuk teksi.

Beliau berkata, sambutan menggalakkan terhadap skim itu membuktikan permintaan tinggi dalam kalangan pemandu untuk menggantikan kenderaan lama dengan model baharu.

Selain itu, kerajaan akan bekerjasama dengan Proton, institusi kewangan serta Kementerian Pengangkutan bagi menawarkan pakej pemilikan yang lebih mampu milik termasuk mengurangkan kos pembiayaan, penyelenggaraan dan perkhidmatan selepas jualan.

Beliau berkata, pemandu teksi juga memainkan peranan sebagai duta negara yang membentuk persepsi pelancong terhadap Malaysia melalui mutu perkhidmatan dan layanan yang diberikan.

Related Posts

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

SLOGAN penyatuan ummah yang sering dilaungkan dalam politik Melayu bukan benar-benar untuk membela rakyat Melayu biasa, sebaliknya lebih berkisar kepada percaturan elit politik bagi merebut kuasa. Bekas Peguam Kanan Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki kekal sebagai anggota Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sehingga 19 September 2027 berdasarkan pelantikan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

Ada keperluan BN masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor

Ada keperluan BN masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor

Manifesto PH: Agenda Johor-Singapura kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan

Manifesto PH: Agenda Johor-Singapura kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan

PH lancar manifesto PRN Johor dengan 10 tawaran ‘Johor Untuk Semua’

PH lancar manifesto PRN Johor dengan 10 tawaran ‘Johor Untuk Semua’

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’t

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’t

Peniaga milikan tunggal, perkongsian layak nikmati diesel bersubsidi melalui SKDS

Peniaga milikan tunggal, perkongsian layak nikmati diesel bersubsidi melalui SKDS