Onn Hafiz cakap mengenai adab tapi pernah guna gelaran menghina – Sheikh Umar

KUALA LUMPUR – Perdebatan secara terbuka tidak boleh dianggap sebagai perbuatan yang tidak beradab sebaliknya merupakan amalan yang sihat dalam sebuah negara demokratik.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pandangan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi supaya masyarakat Johor beradab adalah sesuatu yang baik namun menegaskan adab perlu dibuktikan melalui tindakan bukan sekadar kenyataan.

“Begitu juga dengan debat yang dilakukan secara beradab adalah wajar untuk rakyat menilai hujah masing-masing.

“Perbezaan pandangan perlu diraikan menerusi hujah, fakta dan rasa hormat bukan dimusuhi,” katanya.

Mengulas lanjut, Naib Pengerusi DAP Johor itu berkata, maksud Surah An-Nahl ayat 125, jelas menunjukkan bahawa Islam tidak melarang perdebatan.

“Yang dituntut ialah adab, akhlak dan hujah yang baik. Maka, tidak wajar pelawaan untuk berdebat disamakan dengan sikap tidak beradab.

“Lebih-lebih lagi dalam konteks demokrasi dan musim pilihan raya, perdebatan yang matang memberi ruang kepada rakyat menilai idea, dasar dan kemampuan seseorang pemimpin secara terbuka,” katanya.

Menurut beliau, rakyat berhak mendengar hujah daripada semua pihak sebelum membuat keputusan.

Sheikh Umar yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Johor mendakwa, kenyataan Onn Hafiz mengenai kepentingan adab dilihat bercanggah dengan rekod tindakan pemimpin itu sebelum ini.

“Beliau bercakap mengenai adab tetapi pada masa yang sama pernah menggunakan gelaran yang menghina dan berbaur kebencian terhadap mereka yang mempunyai pandangan politik berbeza.

“Jika benar beliau menjunjung nilai adab, beliau sepatutnya menjawab kritikan dengan fakta dan hujah. Bukannya menggunakan bahasa kesat, ejekan atau penghinaan terhadap pihak yang tidak sehaluan,” ujarnya.

Katanya, adab sebenar bukan diukur melalui slogan atau kenyataan media. Adab terserlah melalui tutur kata, kesediaan menerima pandangan berbeza serta kematangan berhujah apabila berdepan kritikan.

Baru-baru ini , Onn Hafiz menyatakan debat terbuka antara calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan pendekatan yang sesuai kerana dikhuatiri mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kempen.

Onn Hafiz juga dilaporkan berkata, budaya politik di Johor selama ini lebih mengutamakan adab, keharmonian dan perbahasan secara tertib berbanding bertikam lidah di pentas terbuka.

Terdahulu calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menyatakan kesediaan untuk bersemuka dan berdebat dengan mana-mana pihak, terutamanya Onn Hafiz bagi membentangkan visi serta membela nasib keseluruhan rakyat.

Related Posts

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak