Rakyat Sabah sambut baik penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter

KOTA KINABALU- Pengumuman penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter mulai Julai disambut baik oleh rakyat di Sabah yang menyifatkan langkah itu sebagai usaha kerajaan dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup, khususnya bagi mereka yang bergantung kepada penggunaan diesel dalam kehidupan seharian.

Tinjauan mendapati orang ramai menyambut positif pelaksanaan tersebut dan berharap lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat akan terus diperkenalkan pada masa hadapan.

Ali Hassan, 52, Penampang berkata, penurunan harga diesel itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perbelanjaan rakyat.

“Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas keprihatinan yang ditunjukkan menerusi pelaksanaan inisiatif berkenaan.

“Saya turut berharap lebih banyak bantuan dapat disalurkan bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press pada, Selasa.

Muhammad Firdaus, 27, pekerja swasta di kawasan Sepanggar menyifatkan penurunan harga diesel sebagai berita yang menggembirakan kerana memberi kesan positif terhadap kos operasi pengangkutan di tempat kerjanya.

“Langkah itu bukan sahaja membantu mengurangkan kos operasi, malah turut meringankan beban perbelanjaan harian masyarakat yang menggunakan kenderaan diesel,” ujarnya.

Sementara itu, usahawan, Mohd Amirul Saipul, 24, berkata, penurunan harga diesel memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk peniaga, petani, nelayan dan pengguna jalan raya yang bergantung kepada bahan api tersebut untuk menjalankan aktiviti harian.

“Saya berharap usaha berkenaan dapat diteruskan bagi memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan,” jelasnya.

Bagi surirumah, Fonny Juslee, 39, walau pun penurunan harga hanya melibatkan lima sen seliter, ia tetap memberi penjimatan kepada penduduk kampung yang menggunakan diesel untuk berulang-alik ke kebun dan menjalankan aktiviti harian.

“Saya turut menghargai pelaksanaan subsidi diesel bersasar yang memudahkan urusan pembelian diesel, sekali gus memberi kelegaan kepada rakyat yang layak menerima manfaat tersebut,” katanya.

FOTO: NSTP

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan