JKNS perjelas isu tular kemudahan HQE, nafi pesakit tidur di lobi kerana tunggu rawatan

KOTA KINABALU – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) tampil menjelaskan beberapa isu yang tular di media sosial berhubung suasana di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, baru-baru ini.

Ia termasuk dakwaan mengenai pesakit yang tidur di lobi dan tempoh menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD), operasi kantin serta masalah parkir.

Dalam kenyataan media hari ini, JKNS menjelaskan bahawa pesakit di ETD dirawat mengikut sistem triage, iaitu berdasarkan tahap kecemasan dan bukannya nombor giliran.

“Kes yang lebih kritikal akan diberikan keutamaan segera.

“Pada malam yang diperkatakan, seramai 42 pesakit Zon Hijau direkodkan antara jam 9 malam hingga 10 pagi dengan dua pegawai perubatan bertugas di zon berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai gambar individu yang berehat atau tidur di lobi dan laluan hospital, JKNS berkata, kebanyakan mereka bukan pesakit yang sedang menunggu rawatan,

“Sebaliknya waris, penjaga atau pengunjung yang datang dari luar daerah dan kawasan pedalaman serta menghadapi kekangan mendapatkan penginapan sementara di luar hospital,” katanya.

Menurut JKNS, HQE sememangnya menyediakan balai pelawat, namun kapasiti sedia ada masih belum mencukupi bagi menampung jumlah waris yang ramai.

“Pihak hospital memahami kesukaran yang dihadapi, terutama waris yang datang dari jauh, dan akan terus memantau penggunaan ruang awam bagi memastikan aspek keselamatan, kebersihan, keselesaan serta kelancaran pergerakan pesakit, waris dan petugas sentiasa terpelihara.

“Kantin HQE beroperasi 24 jam setiap hari, kecuali ditutup sementara pada setiap Sabtu dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi bagi kerja-kerja pembersihan berjadual.

“Manakala kemudahan tempat letak kenderaan di HQE boleh menjadi terhad ketika waktu puncak apabila jumlah pesakit, waris dan pengunjung meningkat,” katanya.

Justeru, katanya, pihak hospital akan terus memantau aliran trafik serta pengurusan parkir dengan kerjasama petugas keselamatan bagi mengurangkan kesesakan mengikut kapasiti sedia ada.

Sebagai langkah penambahbaikan, JKNS berkata, HQE akan memperkukuh pemantauan di kawasan lobi, laluan awam dan ruang menunggu pada waktu malam.

Termasuk menyelaras semula penyampaian maklumat berkaitan operasi kantin serta meningkatkan komunikasi kepada pesakit dan waris mengenai proses menunggu dan keutamaan rawatan di ETD.

JKNS menegaskan komitmennya untuk terus memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat, berhemah dan berterusan, di samping menambah baik kemudahan serta pengalaman orang awam dari semasa ke semasa.

Pada Ahad lalu, seorang penjaga pesakit memuat naik keadaan lobi dan perkarangan lobi wad kecemasan hospital Queen Elizebeth 1 yang dipenuhi orang awam yang dikatakan pesakit yang menunggu giliran dan ahli keluarga yang menemani pesakit.

Dalam hantarannya juga, dia turut memaklumkan terdapat penjaga yang mengadu tidak dapat membeli makanan disebabkan kantin ditutup pada pukul 12 tengah malam.

Selain itu, keadaan parking yang sangat sesak selain tempoh menunggu yang panjang berpunca daripada bilangan doktor sedikit yang terpaksa merawat terlalu ramai pesakit.

Related Posts

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

KUCHING – Sarawak perlu memperkukuh kepakaran tempatan dalam bidang pemuliharaan warisan bagi memastikan bangunan bersejarah, identiti budaya dan khazanah masyarakat terus terpelihara untuk generasi akan datang. Penasihat Old Kuching Smart…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

MATU – Kecemerlangan akademik perlu seiring dengan pembentukan adab, akhlak dan disiplin bagi melahirkan generasi berilmu serta berkeperibadian tinggi. Ahli Parlimen Igan, Datuk Ahmad Johnie Zawawi berkata, kejayaan sebenar bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

  • By Fatin
  • October 17, 2026
16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak

Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak