Rafizi arkitek gagal, hindari naratif palsu burukkan kerajaan

JOHOR BAHRU – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli yang kini cuba meraih semula sokongan pengundi Pakatan Harapan (PH) melalui naratif menyalahkan kerajaan mempamerkan percubaan untuk menutup kelemahan serta kegagalannya ketika diberi mandat.

Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Farzana Hayani berkata, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Rafizi tampil sebagai arkitek kepada pelbagai formula dan agenda reformasi yang dijanjikan kepada rakyat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, apabila diberi peluang memegang jawatan kanan dalam kerajaan, banyak janji serta pembaharuan dicanangkan gagal diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan.

“Hari ini, Rafizi dilihat cuba menampilkan dirinya sebagai pengkritik kerajaan dengan mendakwa agenda reformasi tidak dilaksanakan.

“Hakikatnya, beliau sendiri merupakan sebahagian daripada pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dasar-dasar tersebut.

“Adalah tidak wajar untuk beliau melepaskan tanggungjawab dan meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada pihak lain,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Justeru, Farzana menyeru rakyat diharap tidak lagi terpedaya dengan berita dan ceritera palsu yang ingin disampaikan oleh pemimpin parti Kancil, terutama Rafizi yang terbukti menjadi arkitek reformasi gagal meskipun diberi kepercayaan untuk menjadi menteri kanan.

Menurut beliau, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan naratif dan dakwaan yang dibawa Pengasas Parti Bersama itu yang kini dilihat cuba mengalihkan perhatian daripada kegagalannya sendiri ketika berada dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Rakyat berhak menilai berdasarkan rekod prestasi, bukannya retorik politik yang berubah mengikut keadaan. Rakyat wajar membuat penilaian berasaskan fakta, rekod pencapaian dan tanggungjawab yang telah dipikul oleh setiap pemimpin.

“Bukannya menerima bulat-bulat naratif yang tidak disandarkan kepada bukti yang kukuh. PKR akan terus turun padang bagi menjelaskan fakta sebenar kepada rakyat agar mereka tidak terpengaruh dengan dakwaan yang mengelirukan,” katanya.

Related Posts

Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

UCAPAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membahaskan Belanjawan 2027 tiada perkara baharu atau cadangan alternatif yang jelas, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

KUALA LUMPUR – Perbincangan mengenai senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai lebih 95 peratus. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pengumuman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar