Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut dibaham buaya

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun ditemukan tidak bernyawa selepas dipercayai dibaham buaya dalam satu kejadian tragis di Jalan Dent Heaven, Kampung Tagupi, di sini, petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, mangsa ditemui ahli keluarga dan orang awam kira-kira pukul 2.00 petang.

“Siasatan awal mendapati terdapat saksi awam yang juga jiran mangsa melihat kejadian tersebut, di mana mangsa dikatakan telah ditarik oleh seekor buaya ke dalam sungai.

“Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan serius akibat gigitan buaya di bahagian belakang badan serta kaki, “katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Jimmy, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke Balai Polis berhampiran.

Sehubungan itu, orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti di kawasan sungai atau laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok