KEPKAS komited memudah cara penyelesaian isu pelesenan premis pelancongan di Semporna

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) sedang meneliti isu pelesenan yang dihadapi sebahagian pengusaha pelancongan tempatan di Semporna bagi mencari penyelesaian yang praktikal tanpa mengabaikan pematuhan terhadap undang-undang sedia ada.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, hasil perbincangan bersama pihak berkaitan mendapati masih terdapat permohonan lesen yang belum dapat diluluskan berikutan dokumen yang tidak lengkap, kegagalan memenuhi syarat pelesenan serta beberapa isu teknikal.

“Majlis Daerah Semporna kini sedang meneliti semula pelan pengezonan kawasan perairan, termasuk cadangan rezoning bagi memastikan status kawasan selaras dengan keperluan pembangunan pelancongan semasa.

“KePKAS memahami cabaran yang dihadapi pengusaha pelancongan tempatan, sehubungan itu, saya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif, bagi meneliti isu ini dan mencari penyelesaian yang praktikal demi membantu pengusaha tempatan tanpa menjejaskan pematuhan kepada undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Jafry turut menyeru semua pengusaha supaya terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan melengkapkan segala keperluan dan syarat pelesenan yang ditetapkan bagi mempercepatkan proses permohonan.

Tambahnya, KePKAS akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dengan menyelaras perbincangan bersama kementerian, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan bagi memastikan isu pelesenan itu dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Tambahnya lagi, matlamat utama kerajaan adalah memastikan industri pelancongan di Semporna terus berkembang secara sah, teratur dan mampan, di samping memperkukuh penyertaan pengusaha tempatan dalam memacu ekonomi pelancongan Sabah.

Dalam pada itu, Jafry berkata, Lesen Pendudukan Sementara atau Temporary Occupation Licence (TOL) juga tidak boleh dilesenkan di bawah peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok