Maritim Malaysia rampas 1,700 peket minyak masak bersubsidi di Sandakan

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Sandakan berjaya merampas sebanyak 1,700 peket minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup dalam satu operasi di perairan Sandakan awal pagi Sabtu.

Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, rampasan itu dilakukan kira-kira pukul 3 pagi hasil maklumat awam mengenai sebuah perahu yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan Jeti Nelayan Kampung (Kg) Combo.

Menurutnya, sepasukan anggota yang melaksanakan Op Sejahtera 1/2022, Op Cegah PATI (OCP) dan Op Tiris 4.0 telah diatur gerak ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, individu yang berada di atas perahu berkenaan bertindak terjun dan melarikan diri ke kawasan bakau berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebuah perahu berwarna hijau dan kuning bersama 100 bungkusan plastik hitam yang mengandungi peket minyak masak bersubsidi telah ditinggalkan.

Menurutnya, sebahagian daripada bungkusan tersebut turut ditemui terapung di permukaan laut dan dipercayai dibuang oleh suspek ketika cuba meloloskan diri.

“Kesemua barang rampasan dianggarkan mengandungi kira-kira 1,700 paket minyak masak bersubsidi yang disyaki disimpan tanpa kebenaran yang sah.

“Bot bersama barang rampasan dianggarkan bernilai kira-kira RM14,250 dan telah dibawa ke Jeti Maritim Zon Sandakan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu yang terlibat.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan sebarang 0maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan atau jenayah maritim melalui Pusat Operasi Maritim Zon Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Foto: APMM Sabah

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak