Kapasiti LRT3 67,000 penumpang sehari, akan bertambah sesuai perancangan – Hasbi

KUALA LUMPUR – Unjuran yang dibuat oleh Malaysia Rapid Transit Corporation (MRT) bagi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) adalah 67,000 penumpang sehari pada tahun pertama penggunaannya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kajian itu bagaimanapun menyatakan ia akan bertambah mengikut perancangan fasa yang telah dirancang.

“Kajian dibuat pada 2018 memang betul ketika itu. Daripada unjuran yang dibuat oleh bahagian MRT iaitu yang sebelum ini 67,000 sehari pada tahun pertama, tapi 2030 insha-Allah, 126,000, tahun 2040, 219,100 dan tahun 2050, 324,000.

“Harapan kita ia memenuhi kapasiti sekarang, tapi kita ada fasa kedua juga, projek ini, yang sekarang sampai 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN- Permatang Pauh) berkenaan pemotongan bajet dan adakah ia menganggu struktur LRT itu sendiri.

Hasbi turut menjelaskan selain unjuran itu, Kerajaan meneruskan fasa kedua projek LRT3.

“Antaranya ialah untuk tambah lima stesen dan tujuh set lagi. Platform 3 gerabak yang ada sekarang ini ‘matter of time’, dulu enam gerabak dikurangkan kepada tiga bererti ada ruang untuk penambahan,” ujarnya lagi.

LRT3 Laluan Shah Alam secara rasminya bermula hari ini dengan tambang percuma selama sebulan iaitu sehingga 31 Julai.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP