Semangat kejiranan penting perkukuh keselamatan, kesejahteraan komuniti

SANDAKAN – Semangat kejiranan dan sikap saling mengambil berat dalam kalangan masyarakat disifatkan sebagai benteng utama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

Pegawai Perhubungan Sandakan, Afnan Syuwari berkata, masyarakat yang prihatin terhadap jiran tetangga serta kebajikan golongan muda secara tidak langsung mampu membina pertahanan sosial yang kukuh, khususnya di Kampung (Kg) Pulau Berhala.

Menurutnya, Program KAWAN (Key Communicator) @MADANI Parlimen Sandakan diwujudkan bagi merapatkan jurang pembangunan sosial dan penyampaian maklumat kepada masyarakat luar bandar serta kawasan kepulauan.

“Kita mahu memastikan komuniti di Pulau Berhala tidak tercicir daripada menerima maklumat, bantuan dan kesedaran sivik yang sama seperti masyarakat di bandar.

“Program ini juga memperkasakan jaringan keselamatan dan kesejahteraan komuniti dengan membawa pelbagai agensi kerajaan terus kepada rakyat bagi menangani isu sosial dan keselamatan setempat,” katanya ketika berucap pada Program KAWAN Parlimen Sandakan di Kg Pulau Berhala, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, program berkenaan turut bertujuan menyemarakkan semula semangat sukarelawan dan budaya saling membantu dalam kalangan penduduk.

“Tiada kampung yang terlalu jauh dan tiada komuniti yang akan dipinggirkan.

“Program KAWAN@MADANI menjadi jambatan bagi memastikan pembangunan yang inklusif dapat dinikmati semua lapisan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu @ Abd Wahad mengingatkan masyarakat agar sentiasa memainkan peranan dalam menjaga keselamatan negara.

Beliau berkata, tragedi pencerobohan di Lahad Datu perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak agar lebih peka terhadap isu keselamatan dan tidak menyalurkan maklumat sensitif kepada pihak yang boleh mengancam keamanan negara.

“Kita bersyukur Sabah kini berada dalam keadaan aman dan kita perlu berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sanggup berkorban jiwa dan tenaga demi mempertahankan kedaulatan negara.

“Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk membantu pihak berkuasa menjaga keamanan dan keselamatan negara,” ujarnya.

Program yang disertai 30 peserta itu turut diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat antaranya ceramah keselamatan, pertandingan mewarna serta kuiz kenegaraan bagi memupuk semangat patriotisme, meningkatkan kesedaran keselamatan dan memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok