Fahmi santuni keluarga pesakit kronik, dekati masyarakat Muar melalui Program JIWA@Komuniti MADANI

MUAR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meneruskan komitmen mendekati rakyat apabila mengadakan Program Ziarah Kasih dengan menziarahi dua keluarga yang mempunyai anak menghidap penyakit kronik di sekitar Muar, hari ini.

Dalam program tersebut, beliau menziarahi keluarga adik Muhammad Izz Muhanned Izwan, 11, di Kampung Parit Bulat serta keluarga adik Luqman Al Hazin Mohammad Iman, 19, di Kampung Parit Pechah Darat, Parit Jawa.

Kedua-dua mereka dilaporkan menghidap penyakit kronik dan kini hanya mampu terlantar serta bergantung kepada kerusi roda khas bagi menjalani kehidupan seharian.

Program Ziarah Kasih itu mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan golongan yang memerlukan terus diberi perhatian, selain menyampaikan sokongan moral kepada keluarga yang berdepan cabaran menjaga anak-anak berkeperluan khas.

Terdahulu, Fahmi turut meluangkan masa menyantuni masyarakat setempat di Warung Jannah, Pasar Awam Parit Jawa sempena Program JIWA@Komuniti MADANI: Sembang Santai Edisi Piala Dunia 2026.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dengan pelbagai pengisian menarik, termasuk tayangan siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2026 antara Algeria dan Austria menerusi paparan LED gergasi JAGO (JAPEN Arena Penggerak Komuniti).

Selain itu, orang ramai turut mengikuti sesi taklimat isu semasa yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Muar, di samping menerima risalah penerbitan yang diedarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sebagai usaha memperkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Erwin Khairul Ahmad dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, Mohd Rizal Hashim.

Program itu bukan sahaja menjadi platform penyampaian maklumat kerajaan, malah mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat menerusi pendekatan santai, mesra serta berteraskan nilai keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.

Related Posts

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) menjadi asas baharu kerajaan dalam mempercepat transformasi digital negara serta memperkukuh kesiapsiagaan Malaysia menghadapi perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), automasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

KUKUP – Calon Pakatan Harapan (PH), Cheah Chee Hong, mendesak tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah capaian internet yang disifatkan sebagai kritikal di beberapa kawasan dalam DUN Kukup selepas hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah