Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

PORT DICKSON – Karnival kerjaya, program pertukaran topi kaledar, kaunter pengurangan saman, jualan MADANI dan pemeriksaan kesihatan antara pengisian pada Program MADANI KITA (PMK) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Sawah di sini, hari ini

Program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) itu akan dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil

Selain menjadi medan titik temu antara kerajaan dan rakyat, program itu turut menjadi wadah penting dalam menampilkan pencapaian, kemajuan dasar serta hasil reformasi Kerajaan MADANI secara telus dan mudah difahami oleh rakyat keseluruhannya.

Program bertemakan ‘Memaknai Harapan Rakyat’ itu akan menjadi platform utama untuk memperkukuh perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan latar belakang menerusi penglibatan secara langsung dalam pelbagai aktiviti bersifat inklusif.

Antara pengisian lain yang turut dianjurkan adalah pendaftaran kad pengenalan baharu, pendaftaran Mydigital ID, perkhidmatan tukar al-Quran, serta menawarman tukar minyak hitam secara percuma.

Pada masa sama, orang ramai berpeluang membawa anak pokok secara percuma selain pelbagai promosi geran, pelbagai manfaat khas di Program MADANI Kita, pertandingan e-sport serta pelbagai pameran yang ditawarkan oleh agensi kerajaan.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar