Perancis ketuai Kumpulan I, kalahkan Norway 4-1

Perancis muncul juara kumpulan I Piala Dunia FIFA selepas meleburkan cabaran dan impian Norway dalam aksi pada awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia FIFA 2026 selepas mengumpul 6 mata, namun kemenangan 4-1 Perancis ke atas Norway membawa juara edisi 2018 ini muncul selaku juara kumpulan I

Kesebelasan terbaik diturunkan oleh Perancis dengan Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele perkuat jentera serangan sementara Norway membuat rombakan apabila merehatkan pemain utama seperti Erling Haaland serta Martin Odegaard.

Kualiti jentera serangan Perancis tidak mampu disangkal apabila Ousmane Dembele membuka tirai jaringan buat Les Blues seawal minit ke-7 setelah melepaskan percubaan kencang kaki kanan yang menewaskan penjaga gol, Egil Selvik.

Bisa penyerang PSG itu terus membuatkan pertahanan Norway terbungkam apabila nama beliau sekali lagi terpahat sebagai penjaring pada minit ke-20 hasil penyudah kaki kiri yang membantu Perancis menggandakan kelebihan awal.

Seminit kemudian, Norway sempat merapatkan kedudukan setelah gerakan Thelo Aasgaard berhasil memperdayakan bek Perancis, Dayot Upamecano sebelum melepaskan sepakan leret yang gagal diselamatkan Mike Maignan di pintu gol.

Ousmane Dembele melengkapkan hatrik pada minit ke-32, sekali lagi berpunca daripada gelecekan di sebelah sayap kanan dan disudahkan sempurna bagi menewaskan pertahanan dan penjaga gol Norway buat kali ke-3.

Norway berpeluang untuk menjaringkan gol kedua pada permulaan babak kedua, namun tendangan penalti penyerang Crystal Palace, Jorgen Strand Larsen ditepis dengan cukup tenang oleh Mike Maignan untuk kedudukan kekal 3-1.

Pemain sayap, Desire Doue menamatkan perlawanan selaku penjaring gol keempat pasukan Perancis menerusi tandukan cantik yang terus menerjah ke gawang Norway ketika mana permainan menanti wisel penamat untuk dibunyikan.

Related Posts

Permintaan tinggi, Tiket MADANI F1 GP Bahrain di Sepang habis terjual

TIKET MADANI yang berharga serendah RM200 bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Oktober ini, sudah habis terjual, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

ARSENAL membelasah Manchester City 3-0 pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Principality sebentar tadi, sekali gus memberikan Enzo Maresca, kekalahan pertamanya sebagai pengurus The Citizens. Arsenal membuka tirai jaringan selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok