Karisma dan diplomasi MADANI

DALAM dunia hari ini, seorang pemimpin juga perlu menjadi jurucakap utama negara di pentas antarabangsa, membuka pintu peluang baharu, menarik pelaburan, mencari pasaran, membina hubungan strategik dan memastikan kepentingan negara sentiasa terpelihara.

Dalam lawatan rasmi PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan, ramai yang hanya melihat gambar-gambar pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin atau Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedov.

Tahu tak?

Di sebalik gambar-gambar tersebut, terdapat usaha diplomatik yang berpotensi memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi dan keselamatan tenaga Malaysia.

Namun selain itu, lawatan ini turut memperlihatkan satu kelebihan yang jarang dimiliki oleh ramai pemimpin dunia, iaitu karisma dan kemampuan PMX membina hubungan secara peribadi.

Selesai sahaja sesi pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia, ramai wartawan antarabangsa terus mengerumuni PMX. Macam-macam persoalan dilontarkan.

Walaupun mempunyai jadual yang padat, PMX tetap meluangkan masa melayan pertanyaan media dengan tenang dan terbuka.

Rasanya semua pun tahu, PMX bukanlah jenis pemimpin terikat dengan skrip yang kaku atau harus tegak membaca teks yang disediakan. PMX terkenal dengan kemampuannya sebagai orator yang berkesan dan petah.

Malah, beliau sering menyelitkan humor, berkongsi pandangan secara spontan dan membina suasana yang lebih selesa ketika berinteraksi dengan pemimpin dunia serta media antarabangsa.

Namun, fokus sebenar lawatan adalah kepentingan strategik Malaysia.

Di Rusia, perkembangan yang paling signifikan susulan lawatan tersebut ialah kesediaan Rusia untuk memperluaskan kerjasama dalam sektor minyak, gas dan diesel bersama Malaysia.

Rundingan berjaya diterjemahkan kepada perjanjian jangka panjang yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Negara kini tidak lagi terlalu bergantung kepada satu sumber sahaja. Semakin banyak pilihan bekalan yang dimiliki, semakin tinggi daya tahan negara apabila berlaku krisis global.

Di Turkmenistan pula, lawatan membuka satu lagi ruang strategik, hasil diplomasi MADANI, Petronas diberi kepercayaan untuk terlibat dalam pembangunan antara medan gas terbesar dunia.

Malah ianya membuka ruang dan peluang baharu bagi bidang teknologi tenaga, pembangunan modal insan, latihan profesional, logistik dan pelaburan.

Tahniah Anwar dan seluruh yang terlibat, diplomasi MADANI yang berjaya. Teruskan melangkah ke hadapan demi pertiwi jua.

Apa yang pasti, lawatan ini memperlihatkan bagaimana karisma peribadi seorang pemimpin boleh menjadi aset negara.

Kadangkala kita sebagai marhaen di dalam negara terlalu biasa melihat seorang pemimpin sehingga tidak menyedari bagaimana beliau dilihat oleh masyarakat antarabangsa.

Namun pada akhirnya, matlamat sebenar diplomasi adalah untuk negara semata-mata.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan SpaceX menerusi perkhidmatan internet satelit Starlink bagi meluaskan capaian internet berkualiti, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Qatar senada mahu konflik serta pertempuran yang melanda rantau Asia Barat dihentikan segera demi menjamin keselamatan dan keamanan sejagat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99