HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ sebagai tema rasmi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM2026), selain mengekalkan logo Malaysia MADANI sebagai identiti rasmi sambutan sehingga tahun hadapan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini akan berlangsung di Dataran Putrajaya secara sederhana, namun tetap meriah bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

“Pemilihan tema ini memberikan gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, yang bermaksud setiap individu dapat menikmati kesejahteraan secara menyeluruh.

“Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan bukan hanya dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya pada sidang mingguan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, pengamal media memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan tema HKHM2026 supaya mesej dan semangatnya dapat dihayati oleh seluruh rakyat menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

Katanya, orang ramai boleh mengikuti perkembangan serta mendapatkan maklumat mengenai pelbagai program sempena HKHM2026 menerusi portal rasmi Merdeka360.

Mengulas mengenai pengisian sambutan tahun ini, Fahmi berkata, beberapa pembaharuan sedang dirangka bagi memeriahkan acara, namun butirannya akan diumumkan kemudian.

“Untuk maklumat semua, program dan aktiviti sepanjang bulan kebangsaan tetap disambut dengan meriah walaupun dilaksanakan secara sederhana,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 dijadual berlangsung di Ipoh, Perak pada 18 Julai, manakala Sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Sarawak pada 16 September.

“Pemilihan Sambutan Hari Malaysia 2026 di Sarawak adalah bertepatan dengan amalan penggiliran tahunan lokasi sambutan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, dengan matlamat untuk memperkukuh semangat kebersamaan serta perpaduan antara semua wilayah di negara ini,” katanya.

Bagi menyemarakkan sambutan HKHM2026, kerajaan turut menyusun pelbagai program patriotik di seluruh negara, termasuk Kembara Bahasa HKHM, Quran Hour, Ambang Merdeka, Kira Detik Merdeka, RIUH Merdeka dan Majlis Memperingati Negarawan.

Related Posts

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

PUTRAJAYA – Kerajaan memperkenalkan Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma baharu dalam perkhidmatan awam selepas cadangan pelaksanaannya dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan, pengaturan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi