Jawatankuasa Kabinet bincang isu pekerja asing minggu depan – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Isu Pekerja Asing seawal minggu depan bagi menyelaras penyelesaian terhadap pelbagai isu berkaitan pengurusan pekerja asing, termasuk yang dibangkitkan sektor makanan dan minuman.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, susulan keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

“Jemaah Menteri turut meneliti isu pekerja asing termasuk di sektor makanan dan minuman. Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu Pekerja Asing diadakan seawal minggu hadapan dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Tujuannya adalah untuk memastikan isu-isu berkaitan pekerja asing dapat diurus dan diselesaikan. Bagi sektor-sektor yang sedang membangkitkan isu ini, kita nantikan hasil mesyuarat tersebut,” katanya pada sidang media mingguan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kerajaan masih memperhalusi cadangan berhubung pengurusan pelarian Rohingya yang dikemukakan menerusi beberapa siri mesyuarat penyelarasan antara kementerian dan agensi berkaitan.

Katanya, mesyuarat berkenaan membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pejabat Menteri Besar Selangor serta beberapa agensi lain.

“Mesyuarat itu diadakan bagi menyusuli satu mesyuarat terdahulu yang berlangsung dua minggu lalu. Minggu lepas kita adakan satu lagi mesyuarat dan Jemaah Menteri hari ini telah membincangkan hasil daripada perbincangan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengarahkan KDN meneliti dapatan mesyuarat itu sebelum menyelaras tindakan susulan bersama kementerian serta agensi berkaitan, termasuk Kementerian Luar dan agensi penguat kuasa.

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan semua aspek berkaitan pelarian Rohingya, termasuk pendaftaran, penguatkuasaan dan tindakan pentadbiran lain, dapat dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama semua agensi serta pihak berkuasa tempatan.

“Perkara ini masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang keputusan khusus yang boleh diumumkan hari ini. Perbincangan akan diteruskan dalam masa terdekat,” katanya.

Related Posts

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan sebanyak 10 syarikat Bumiputera disenaraikan di Bursa Malaysia sepanjang 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya dijangka memasuki pasaran saham seawal tahun ini. Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

PUTRAJAYA – Penurunan harga diesel bersubsidi yang diumumkan minggu lalu merupakan antara manfaat langsung hasil lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan, kata Jurucakap Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar