Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

TAWAU – Penurunan harga diesel yang diumumkan kerajaan disifatkan sebagai langkah positif, bagaimanapun pelaksanaannya perlu mengambil kira geografi dan cabaran logistik di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, walaupun ia memberi kelegaan, kesannya mungkin berbeza dengan di Semenanjung.

Beliau berkata, sebagaimana dimaklumkan oleh Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Hamzah Azizan dan disambut Menteri Kewangan Negeri Sabah, perkara berkenaan minyak adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan memandangkan krisis minyak bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah melibatkan seluruh dunia.

“Oleh kerana keadaan geografi kita amat berbeza dengan yang berada di Semenanjung, oleh itu, apapun langkah yang diambil oleh kerajaan hendaklah dapat mengambil kira kepentingan rakyat yang ada di Sabah dan juga di Sarawak.

“kita harap perkara ini akan diberi pertimbangan penelitian yang lebih baik lagi agar apa juga keputusan yang diambil oleh kerajaan demi kepentingan negara itu tidak terlalu membebankan rakyat di akar umbi,” katanya.

Nizam yang juga ADUN Apas berkata demikian kepada media selepas penyerahan 100 bingkisan untuk pesakit di Wad O&G, Unit Hemodialisis serta Unit Paliatif dan Onkologi Hospital Tawau sempena Ziarah Kasih Hijrah, pada Jumaat.

Mengenai program itu, Nizam berharap agar ia mampu merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat khususnya mereka yang sedang berdepan dengan pelbagai penyakit dan menerima rawatan di hospital.

Katanya, program berkenaan bukan sahaja memberi sokongan moral kepada pesakit, malah menjadi pemangkin untuk mereka terus berusaha mendapatkan kesembuhan.

“Semasa lawatan, pesakit-pesakit yang disantuni ini menunjukkan reaksi positif dan kelihatan lebih ceria.

“Diharapkan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di luar sana yang mempunyai kelebihan untuk turut tampil mengadakan program seperti ini iaitu memberi sokongan kepada pesakit-pesakit,” jelasnya.

Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada warga kerja hospital Tawau yang sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Beliau turut memuji usaha menaik taraf kemudahan hospital termasuk penyediaan bangunan baharu yang meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di daerah ini.

“Namun, lebih banyak kemudahan diperlukan daripada kerajaan khususnya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melengkapkan hospital ini sebagai sebuah hospital dengan pelbagai kemudahan yang boleh menjadi pusat rawatan bagi masyarakat di Pantai Timur, tanpa perlu ke Kota Kinabalu atau Semenanjung.

“Saya yakin, Insya-Allah perkara ini dalam perhatian kementerian dan diharap dapat direalisasikan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan