Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mencadangkan penubuhan Pasukan Pelaut di sekolah-sekolah sebagai platform memperkenalkan peluang kerjaya dalam industri maritim kepada pelajar.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, cadangan itu dikemukakan bagi memastikan mesej mengenai peluang kerjaya dalam industri pelaut dapat disampaikan secara lebih meluas kepada murid-murid di sekolah.

Menurutnya, persatuan berkenaan boleh diwujudkan seperti pasukan beruniform sedia ada termasuk Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan Kadet Polis yang berjaya membentuk minat serta pendedahan awal terhadap bidang tertentu.

“Jadi saya percaya untuk memastikan mesej Pelaut Sabah ini sampai kepada murid-murid di sekolah, saya mencadangkan mungkin Persatuan Pelaut memohon untuk membuka persatuan pelaut seperti Pengakap di sekolah.

“Jadi mungkin jika ada persatuan seperti ini dapat membuka minda dan membuka peluang untuk anak-anak mengetahui tentang kerjaya ini.

“Seperti juga PBSM, mereka menjadi doktor. Kadet Polis mahu menjadi polis. Jadi mungkin jika ada persatuan ini akan memberi peluang mereka masuk dalam industri ini,” katanya ketika berucap pada Program Aspirasi Kerjaya Pelaut Sabah 2026, di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPNS, Robert John.

Pada masa sama, Raisin berkata, program berkenaan memberi peluang kepada pelajar memahami dengan lebih dekat laluan pendidikan, latihan dan kerjaya yang tersedia dalam industri maritim serta perkapalan.

Katanya, kejayaan tidak terhad kepada satu laluan sahaja kerana setiap individu mempunyai bakat, minat dan kekuatan yang berbeza, manakala perkara paling penting ialah kesediaan untuk belajar, berusaha dan merebut peluang yang ada.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa kerjasama strategik antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, badan profesional dan pihak industri perlu terus diperkukuhkan bagi membantu murid membuat pilihan kerjaya yang lebih tepat serta memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Robert turut mengingatkan pelajar supaya menjauhi gejala buli yang semakin mendapat perhatian masyarakat kebelakangan ini.

Katanya, perbuatan buli bukan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kesannya bukan sahaja dirasai oleh mangsa dan pelaku, malah boleh turut menjejaskan ibu bapa.

“Jika anak-anak membuli, yang dapat kesan bukan diri sendiri sahaja tetapi juga melibatkan ibu bapa anda.

“Jadi saya percaya mungkin ada ibu bapa yang telah memaklumkan kepada anak-anak, jangan terlibat. Jika anda terlibat, ibu bapa terpaksa membayar RM250,000 hanya kerana perbuatan kita itulah,” ujarnya.

Tegasnya, pelajar perlu menjauhi gejala buli, mengelakkan pergaduhan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni kerana perbuatan buli itu boleh membawa kepada kecederaan serta kehilangan nyawa.

Related Posts

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK