Bekalan minyak masak di Kedah stabil, mencukupi

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah telah menjalankan pemeriksaan ke atas 21 syarikat pembungkus yang membekalkan 3, 443 juta kilogram (kg) minyak masak bersubsidi (peket 1kg) di Kedah setiap bulan.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, hasil pemeriksaan secara keseluruhannya tiada gangguan di peringkat pengeluaran serta pengedaran ke pasaran dan bekalan adalah mencukupi untuk kegunaan penduduk di negeri ini.

Katanya, susulan kenyataan media mengenai kekurangan bekalan minyak masak peket 1kg di sekitar Sungai Petani, KPDN telah menjalankan pemeriksaan.

“Hasil siasatan mendapati kuota pengeluaran bulanan minyak masak peket 1kg bagi lima syarikat pembungkus yang beroperasi di Sungai Petani adalah sebanyak RM671,000kg dan mampu menampung permintaan di daerah tersebut.

“Pada tahun ini sehingga 24 September 2024, sebanyak 32 kes telah diambil yang melibatkan barang kawalan berjadual bagi komoditi minyak masak. Tiga kes daripadanya melibatkan kesalahan enggan menjual minyak masak dan satu melibatkan kesalahan meletakkan syarat bagi pembelian minyak masak kepada pengguna.

“Nilai sitaan keseluruhan bagi kes yang melibatkan minyak masak pada tahun ini berjumlah RM3,443.10,” katanya.

Jelas Muhammad Nizam, pemeriksaan dan pemantauan rantaian bekalan minyak masak peket 1kg akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi ada dalam pasaran dan mengelakkan gangguan bekalan akibat ketirisan.

“KPDN Kedah memberi amaran keras kepada semua pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual khususnya minyak masak peket 1kg agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan.

“Peniaga diingatkan supaya tidak meletakkan sebarang syarat pembelian dan hanya dibenarkan menghadkan kuantiti pembelian bagi setiap individu supaya lebih ramai pengguna dapat menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Related Posts

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

TELUPID – Empat individu maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Isuzu di hadapan Kedai Makan Rosalinda, Kampung (Kg) Gambaron, di sini pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini dalam keadaan terpaksa. Beliau berkata, laporan polis telah dibuat kira-kira jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter