Perlu tempuh proses sebelum jadi pemimpin – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU – Golongan muda yang berhasrat memegang jawatan kepimpinan atau menjadi calon pilihan raya perlu melalui proses pembinaan pengalaman dan perjuangan politik yang mencukupi sebelum diberi tanggungjawab lebih besar.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu sememangnya mengalu-alukan penyertaan anak muda dalam kepimpinan, namun laluan tersebut tidak seharusnya dipercepatkan tanpa pengalaman yang memadai.

“Saya setuju anak muda diberi peluang, tetapi politik ini satu pertandingan maraton sejauh 42.2 kilometer, bukan secepat larian 100 meter,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau dipercayai mengulas isu pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dikaitkan dengan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Menurut Ahmad, beliau dimaklumkan antara faktor yang mencetuskan rasa tidak puas hati ialah apabila anak Puad tidak dipilih untuk bertanding bagi menggantikan bapanya.

Katanya, individu berusia 29 tahun itu masih mempunyai ruang yang luas untuk menimba pengalaman dan membina rekod perjuangan dalam parti.

“Dimaklumkan kepada saya bahawa anak beliau, seorang anak muda berumur 29 tahun. Saya difahamkan anak beliau dilantik pada tahun lalu untuk menjadi AJK Pemuda Bahagian Batu Pahat, (bukan menang bertanding).

“Saya doakan agar beliau terus tabah dan setia berjuang dalam UMNO. Cuba bertanding jawatan lebih tinggi dalam parti dan membina pengalaman. Mana tahu suatu hari nanti boleh dipertimbangkan untuk menjadi calon,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad mengakui kecewa dengan keputusan Puad untuk meninggalkan UMNO, namun berharap segala perbezaan dapat diuruskan secara matang demi menjaga keharmonian politik negeri.

“Apa pun, selamat berjuang, namun berjuanglah dengan tertib Bangsa Johor,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa proses melahirkan pemimpin masa depan memerlukan kesabaran, komitmen dan pengalaman yang diperoleh melalui penglibatan aktif dalam parti sebelum diberikan mandat yang lebih besar.

Related Posts

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

SEREMBAN – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, masyarakat dinasihatkan jangan membuat sebarang spekulasi atau komen kes Exco Pengajian Tinggi Kedah, Dr Haim Hilman yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

PUTRAJAYA – Perebutan logo Perikatan Nasional (PN) antara Pas dan Bersatu mencerminkan kegagalan pembangkang dalam membina satu struktur gabungan yang benar-benar stabil, tersusun dan dihormati oleh semua parti komponennya. Penganalisis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

Pergolakan PN makin jelas, Pas dan Bersatu umum calon berasingan malam ini

Pergolakan PN makin jelas, Pas dan Bersatu umum calon berasingan malam ini