Video, lagu parodi GISBH: SKMM belum terima aduan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tidak mengenakan sebarang tindakan kepada mana-mana pencipta bahan kandungan media sosial yang mencipta lagu atau klip video berkait GISBH.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya masih belum menerima apa-apa aduan tentang kewujudan lagu-lagu atau video klip yang secara tidak langsung berkait dengan GISBH.

“Sekurang-kurangnya ada tujuh atau lapan versi lagu (yang diparodikan), yang dah sampai ke telinga saya, ada versi koir, rock dan macam-macam, ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sangat kreatif.

“Dari segi itu, waktu ini pihak SKMM tidak memaklumkan kepada saya apa-apa tindakan yang diambil terhadap kandungan yang tidak secara langsung berkait dengan isu GISBH.

Menurut Fahmi, walau bagaimanapun, sekiranya ada keperluan untuk menurunkan bahan kandungan tersebut, pihaknya akan berbuat demikian.

“Dari segi aspek siasatan, SKMM akan mengambil tindakan untuk menurunkan kandungan atau arah apa-apa tindakan pada platform media sosial, sekiranya menerima arahan daripada pihak polis.

“Setakat ini pihak SKMM belum memaklumkan kepada saya secara keseluruhan aduan-aduan yang diterima, saya akan minta SKMM teliti perkara ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai, keperluan untuk menurunkan kandungan video berkait entiti tersebut, Fahmi menjawab tiada sebarang aduan diterima setakat ini.

Menjawab persoalan mengenai pemantauan pihak berkuasa terhadap GISBH sejak 2011 lagi, Fahmi berkata, perkara itu ada dibincangkan di dalam mesyuarat hari ini.

“Kita dapat sedikit makluman terkini sama ada daripada Menteri Agama melibatkan isu akidah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai tahap kesihatan kanak-kanak dalam penjagaan.

“Dimaklumkan, seperti mana disebut pihak polis sebelum ini, entiti tersebut telah berubah beberapa kali dan mungkin melakukan menyamar atau mensamarkan aktiviti.

Fahmi berkata, tidak dinafikan bahawa peranan media sosial turut membantu dalam membanteras kegiatan seperti GISBH.

“Di sini mungkin apa yang boleh disebut, apabila banyak perkara contoh video dimuat naik dalam media sosial, dan mendapat perhatian orang ramai maka ia juga datang kepada pihak kerajaan dan badan penguatkuasaan jadi tidak boleh nafi media sosial main peranan dalam usaha membanteras kegiatan seperti GISBH.

“Ada beberapa perkara masih dalam tindakan pihak polis dan mahkamah jadi saya tidak akan sentuh tapi jemaah Menteri akan menerima maklumat terkini dari semasa ke semasa memandangkan ada beberapa perkara dalam siasatan dan tindakan di mahkamah,” katanya.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion