Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa minggu lalu.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 25 sen seliter kepada RM4.10 berbanding RM4.35 sebelum ini.

Pada masa sama, harga RON95 tanpa subsidi turut diturunkan sebanyak 25 sen seliter kepada RM3.47, manakala diesel di Semenanjung Malaysia dikurangkan sebanyak 30 sen seliter kepada RM4.07.

“Bagaimanapun, harga RON95 bersubsidi di bawah inisiatif BUDI95 dikekalkan pada kadar RM1.99 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan terus kekal pada RM2.15 seliter.

“Penurunan ini mencerminkan perkembangan pasaran minyak global yang lebih menggalakkan susulan penyederhanaan harga minyak mentah global dan perkembangan lebih positif dalam konflik di Asia Barat,” menurut kenyataan itu.

Menurut MoF, penurunan harga bahan api itu didorong perkembangan lebih positif dalam pasaran minyak dunia berikutan penyederhanaan harga minyak mentah global serta keadaan geopolitik yang semakin reda.

Namun katanya, pasaran petroleum global masih berdepan beberapa risiko yang boleh mempengaruhi kestabilan harga dalam tempoh sederhana.

Antaranya termasuk kemungkinan rundingan damai yang tidak mencapai penyelesaian muktamad, tempoh pemulihan rantaian bekalan yang masih berterusan serta tahap inventori dan kos logistik yang belum kembali sepenuhnya ke paras sebelum konflik.

“Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI terus komited untuk melindungi rakyat daripada turun naik harga pasaran melalui subsidi bersasar, di samping memperkukuh keterjaminan bekalan jangka panjang melalui kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa termasuk Turkmenistan dan Rusia,” ujarnya.

Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, katanya, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

“Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi,” katanya.

Related Posts

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

SERDANG – Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan audit forensik terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam mesyuarat Kabinet, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan susulan saranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar