PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan menilai keperluan semasa serta sumbangan besar KRT dalam memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan masyarakat di peringkat komuniti.

Beliau berkata, kenaikan peruntukan berkenaan merupakan yang pertama dilaksanakan dalam tempoh sedekad.

“Bagi memastikan proses penyaluran dana berjalan lancar, saya meminta semua KRT mengemukakan laporan kewangan dan aktiviti masing-masing dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.

“Untuk KRT ini, dalam 10 tahun lalu hanya diberi RM6,000. Tapi kali ini saya bersetuju menambah peruntukan,” katanya ketika berucap pada sesi ramah mesra bersama KRT peringkat Johor di Dataran Segamat, hari ini.

Menurut Anwar, terdapat 8,615 KRT di seluruh negara ketika ini dengan keanggotaan mencecah 250,000 orang, selain berjaya melaksanakan kira-kira 100,000 aktiviti sepanjang tahun lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau mengumumkan peruntukan kepada institusi pendidikan Islam yang meliputi Sekolah Agama Rakyat (SAR), maahad tahfiz dan pondok pengajian.

Katanya, kerajaan MADANI kekal komited membantu institusi pendidikan Islam termasuk SAR yang sebelum ini tidak lagi menerima peruntukan kerajaan.

“Pada waktu itu, semua peruntukan SAR dihentikan dan kerajaan menyambung semula peruntukan sejak 2023.

“Kita buat keputusan pada 2023, kembalikan peruntukan dihentikan sejak 20 tahun lalu. Itupun ada orang kata saya tidak mendokong Islam… ini semua tak betul.

Katanya, peruntukan pada 2024, diagihkan kerana banyak sekolah daif, tandas tidak sempurna dan asrama tak selamat.

“Oleh itu, saya ambil keputusan bantu SAR, institusi pendidikan Islam seluruh negara termasuk Johor. Untuk Johor 16 projek telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM3.205 juta,” katanya.

Beliau berkata, bantuan yang disalurkan kerajaan itu bertujuan menaik taraf kemudahan institusi pendidikan Islam yang daif, termasuk membaik pulih tandas, asrama dan infrastruktur lain demi keselesaan pelajar.

Bagi Johor, sebanyak 16 projek melibatkan institusi pendidikan Islam telah diluluskan dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM3.205 juta.

Related Posts

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

ALOR GAJAH – Kejayaan Malaysia melonjak lapan anak tangga dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) membuktikan keupayaan serta kecekapan jentera perkhidmatan awam negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang