Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

JITRA – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berdepan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 14.63 kilogram (kg) kanabis, minggu lalu.

Tertuduh, Ishvherr Singh Jagjit Singh, 24, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar 14.63 kg kanabis di sekatan jalan raya Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, dekat sini pada pukul 11.46 pagi, 15 Jun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup selain dikenakan tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia, Inspektor Sharifah Nurlin Atiqah Wan Idrus, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Naran Singh.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Media pada 17 Jun lalu melaporkan seorang pelajar IPTS di ibu negara ditahan ketika cuba menyeludup 14.63 kg bunga ganja bernilai RM1.17 juta dari Thailand ke negara ini.

Pemuda berusia 24 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda itu ditahan polis di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan milik keluarga suspek itu menemukan 13 bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi 14.63 kg bunga ganja.

Related Posts

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

BAGAN DATUK – Industri kelapa terus memainkan peranan penting sebagai pemacu ekonomi daerah Bagan Datuk apabila menyumbang kira-kira 25 peratus kepada keseluruhan pengeluaran tanaman negeri Perak. Perkara itu diketengahkan sempena…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang