Kerajaan GRS tidak abaikan rakyat – Hazem

SANDAKAN – Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat dan tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat serta komited membawa kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat.

“Kerajaan GRS sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat dan amat prihatin terhadap kebajikan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lot Tanah Rizab Anak Negeri di Kampung (Kg) Sungai (Sg) Batang, di sini, pada Rabu.

Menurutnya, pelbagai inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat dan semua usaha itu dilaksanakan demi kesejahteraan mereka.

Dalam pada itu, Hazem berkata, masalah yang dihadapi penduduk Kg Sg Batang seperti bekalan air, sistem perparitan dan jalan masuk sememangnya diberi perhatian.

“Kita akan berusaha mengatasi masalah ini dan telah meminta jabatan serta agensi kerajaan berkaitan tampil membantu,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmennya sebagai ADUN Sg Manila untuk terus memperjuangkan kebajikan rakyat serta memastikan setiap permasalahan yang dihadapi penduduk dapat diatasi sebaik mungkin.

Related Posts

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion