Maritim Malaysia Tawau tumpas penyeludupan rokok terbesar, rampasan termasuk kapal lebih RM65.7 juta

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Son Tawau berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok putih dari Vietnam dipercayai rampasan terbesar bernilai lebih RM65.7 juta semenjak penubuhan agensi keselamatan terbabit.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairul Anuar Abd Majid @ Razali berkata, rampasan menerusi Op Tiris dan Op Sejahtera itu membabitkan 3,014 peti (kotak) rokok berjunlah lebih RM24.2 juta, selebihnya nilai dua buah kapal disita.

Beliau berkata, rokok dengan empat jenama itu dirampas dari sebuah bot kargo dan sebuah bot kumpit iaitu kira-kira tujuh batu nautika di Selatan Pulau Sipadan, pada Selasa.

“Pemeriksaan mendapati berlaku aktiviti pemindahan beberapa kotak rokok ke kapal lain tanpa kelulusan dan dokumen yang sah selain meragukan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 2,956 peti rokok jenama Bosqu, 40 rokok jenama New Aris, 15 peti jenama Berlin dan tiga peti jenama New Far,” katanya dalam sidang media, di Pejabat Maritim Malaysia Zon Tawau, pada Rabu.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan rokok berkenaan untuk pasaran ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Beliau berkata, 20 individu atau kru dari kedua-dua Kapal berumur 26 hingga 62 tahun turut ditahan kerana kesalahan di bawah peruntukan undang-undang perkapalan dan imigresen.

“Pelbagai peralatan navigasi dan komunikasi termasuk sistem GPS, radar, radio komunikasi, telefon bimbit serta dokumen berkaitan kapal dengan nilai keseluruhan termasuk kedua-dua kapal RM65.7 juta turut disita bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki menyeludup rokok tanpa cukai, di samping siasatan turut dijalankan mengikut Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63 berkaitan kegagalan mengemukakan dokumen yang sah, ” ujarnya.

Related Posts

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam. Setiausaha Kerajaan Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit